Kompaun Dikecualikan Buat Pemilik Perniagaan Sekiranya Lewat ‘Renew’ Lesen SSM

Terlepas renew SSM?

Orang ramai tidak perlu risau lagi. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kini telah menetapkan pengecualian ke atas kelewatan memperbaharui lesen daftar perniagaan yang tamat tempoh pada 17 Mac, 2020 sehingga 30 Jun, 2020.

Menurut SSM, pengecualian kompaun itu akan memberi manfaat kepada 270,000 pemilik perniagaan yang memiliki perniagaan yang tamat tempoh semasa berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Seksyen 12(1)(b) Akta Pendaftaran Perniagaan (APP) 1956 menetapkan bahawa adalah satu kesalahan apabila seseorang meneruskan sesuatu perniagaan selepas tamat tempoh pendaftaran dan jika disabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” menurut SSM dalam kenyataan hari ini.

Korang boleh hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau hantarkan e-mel kepada enquiry@ssm.com.my untuk sebarang pertanyaan okay?

Sumber: Harian Metro

Syafiqa Irdina