Categories: Trending

Wajib Pakai ‘Wristband’ Selama 14 Hari Bagi Individu Yang Dikuarantin

Bagi memutuskan rantaian Covid-19 di negara ini, MKN akan mewajibkan individu yang baru pulang dari luar negara memakai wristband walaupun ketika berada di rumah serta diminta untuk memuat turun aplikasi MySejahtera.

Kompaun RM1,000 akan dikenakan

Sumber : Google

Tambahnya lagi, individu yang melanggar SOP akan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 dan akan dihadapkan ke mahkamah sekiranya memotong wristband tersebut dalam masa 14 hari.

” Mereka boleh dikompaun RM1,000 dan dihadap ke mahkamah sekiranya memotong gelang terbabit,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya pada Khamis.

Salma Syahbuddin