Categories: Trending Hari Ini

Garis Panduan Ibadah Korban Diumum Dalam Tempoh Terdekat

Prosedur operasi standard (SOP) ibadah korban serta solat sunat Hari Raya Aidiladha semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan diumumkan dalam masa terdekat

Perkara ini diumumkan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau menjelaskan, SOP itu kini dalam proses penambahbaikan termasuk mendapatkan pandangan daripada Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.

“Insya-Allah, mungkin dalam seminggu atau dua minggu lagi kita boleh bentangkan SOP terakhir ibadah korban,” katanya pada sidang media di Technology Park Malaysia, hari ini.

Terdahulu beliau mendengar taklimat dan menyaksikan demonstrasi penyembelihan lembu menggunakan sangkar penyembelihan mudah alih hasil projek inovasi Yayasan Inovasi Malaysia. Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.

Sumber: Bernama

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover