Categories: FeaturedTrending

Berkuat Kuasa 1 Februari, Gelaran Datuk Farid Kamil & Boy Iman Dibatalkan

Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang yang membawa gelaran Datuk kepada dua pelakon dan penerbit, Farid Kamil serta Boy Iman ditarik balik dan dibatalkan berkuat kuasa 1 Februari lalu.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak yang merupakan pendaftar darjah kebesaran negeri berkata, perintah tersebut dibuat atas perintah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Selain itu, pengurniaan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk kepada ahli perniagaan tempatan iaitu Wong Shee Kai @ Ricky dan Syed Mohammad Faiz Syed Azemman serta ahli perniagaan wanita warga Vietnam, Tran Thi Mai@Maimunah turut dibatalkan.

Surat penarikan terhadap Wong dan Tran Thi Mai juga berkuat kuasa pada 1 Februari lalu, manakala surat Syed Mohammad Faiz berkuat kuasa 12 November 2020.

Farid Kamil atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari dan Boy Iman atau Noruliman A. Rahman serta tiga lagi yang dinamakan merupakan penerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sebelum ini.

-Bernama

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”