Categories: Trending

Buka Semula Ruang Makan Di Kawasan R&R Dengan SOP Lebih Ketat

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) membuka semula semua ruang makan di medan selera di kawasan rehat dan rawat (R&R) termasuk dua restoran jejantas dan hentian sebelah di lebuh raya kendaliannya termasuk di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) bermula pada Selasa.

Namun, PLUS memberi amaran kepada semua pelanggan yang berhenti untuk makan agar sentiasa mematuhi operasi standrad (SOP) yang telah ditetapkan.

Manakala, semua kemudahan di R&R dan hentian sebelah seperti tandas dan surau akan dibuka 24 jam berbanding gerai, restoran dan trak makanan bergerak yang hanya dibenarkan beroperasi bermula jam 6 pagi sehingga 10 malam sahaja.

“Pelanggan dinasihati untuk mematuhi SOP keselamatan dengan memakai pelitup muka, mendaftar melalui aplikasi MySejahtera, menjalani pemeriksaan suhu badan dan mengamalkan penjarakan fizikal satu-meter apabila beratur untuk pembelian makanan atau ketika menggunakan kemudahan di R&R dalam tempoh terbabit,”

Selain itu, pihak PLUS turut menyediakan pra-pesanan makanan menerusi aplikasi PLUS bagi memudahkan pelanggan memilih atau membawa pulang makanan dengan lebih cepat dan mudah.

Untuk maklumat mengenai pra-pesanan di PLUS, boleh dimuat turun secara percuma melalui google Play Store untuk peranti android atau App Store untuk pengguna iPhone.

 

Sumber : BH

 

Salma Syahbuddin