Categories: FeaturedTrending

“Berlakon Pandai, Nyanyi Sedap” – Ramai Terpegun Dengar Suara Diana Danielle

Bukan sahaja berbakat dalam lakonan namun pelakon jelita, Diana Danielle membuktikan dirinya merupakan seorang yang versatile dan serba boleh.

Terbaru, Diana memuat naik satu teaser lagu cover nyanyian beliau di laman Instagram miliknya menyanyikan lagu nyanyian Duncan Laurence – Arcade (Loving You Is A Losing Game) yang bakal ditayangkan di laman Youtube miliknya pada 29 April ini.

“Loving You Was A Losing Game, my first ever cover, can’t wait to share with you all! 29th April 2021, 9pm, on my Youtube Channel. Stay Tuned !” tulisnya.

Apa yang mencuri perhatian adalah reaksi daripada peminat dan rakan selebriti yang terpegun mendengar kelunakan suaranya.

Rata rata para peminat turut memuji gaya Diana yang bersahaja namun suaranya tetap merdu malah ramai yang tidak sabar ingin mendengar versi penuh lagu ini.

Apapun, Diana memang membuktikan dirinya berbakat besar. Tak sabar nak dengar versi penuh

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”