Categories: Trending

Bunting Pelamin, Ayda Jebat Hamil 4 Bulan

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat mengumumkan yang dirinya kini sedang hamil empat bulan.

Berita gembira itu dimaklumkan Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 29, dan suami, pengacara Nabil Mahir, 33, pada majlis Iftar Bersama Ayda Jebat yang berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Penyanyi lagu Temberang itu berkata, dia bersyukur atas rezeki yang dikurniakan.

“Insya-Allah, saya dijangka bersalin Oktober depan. Mohon semua mendoakan yang baik-baik. Majlis hari ini saya undang rakan media, klien serta sahabat terdekat untuk berkongsi berita gembira ini.

“Bukan tidak mahu dedahkan pada peringkat awal, tetapi saya dan suami sepakat untuk beritahu ketika usia kandungan memasuki bulan keempat.

“Terima kasih buat semua yang memahami. Semoga semuanya dipermudahkan, Insya-Allah,” katanya.

Pada majlis yang sama, Ayda turut mengejutkan suaminya dengan video istimewa bersempena sambutan hari lahir Nabil yang ke-33 hari ini.

Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari lalu selepas mengadakan majlis pertunangan atas talian pada 28 April tahun sebelumnya kerana terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Padin