Categories: FeaturedTrending

“Saya Sibuk Jaga Fatima, Tak Periksa Telefon” – Fazura Akui Terkejut Nama Tiba-Tiba Trending

Aktres jelita, Nur Fazura mengakui terkejut apabila diberitahu oleh teman rapat mengenai namanya yang tular disebut dan menjadi trending nombor satu di media sosial Twitter.

Jelas Fazura lagi beliau tidak mengetahui punca perkara itu kerana sibuk menjaga anaknya, Fatima.

“Sejujurnya, semalam seharian saya cuti dan memang sibuk menjaga Fatima di rumah dan tidak tengok sangat telefon.

Saya terkejut bila diberitahu nama saya trending di Twitter,” katanya.

Menerusi Awani, Fazura berkata demikian ketika ditemui pada majlis meraikan anak-anak yatim Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Cahaya Kasih di Suria Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pagi tadi.

Semalam, isu mengenai Noor Neelofa yang dikatakan memerli kejadian kompaun penjual burger menjadi perbincangan hangat ramai netizen di media sosial. Justeru, netizen dilihat memetik nama Fazura untuk melenyapkan perhatian yang diberikan terhadap Neelofa.

Sumber: Awani

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”

Recent Posts