Categories: Cahaya MataTrending

Bersalin Secara ‘Emergency C-Section’, Dayana Roza Kini Ibu Anak Dua – “Alhamdulillah Baby Boy”

Pelakon Dayana Roza selamat bersalin anak keduanya iaitu bayi lelaki secara pembedahan pada Sabtu.

Perkara tersebut dikongsi oleh suaminya, A’dale Adam Ayahudin menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Kata A’dale, isterinya melahirkan anak mereka secara ’emergency c-section’ kira-kira jam 1.56 pagi.

Dalam pada itu, dia menzahirkan rasa terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan keluarganya.

“Alhamdulillah wife saya selamat melahirkan baby boy kami jam 1.56 malam tadi, Sabtu 30.12.2023 secara emergency c-section, baby & mama dalam keadaan baik sekarang. Terima kasih yang mendoakan,” tulisnya.

Untuk rekod, Dayana dan A’dale berkahwin pada 25 Disember 2020.

Hasil perkongsian hidup, mereka memiliki seorang anak perempuan iaitu Astrid Raheeya.

Artikel Berkaitan: Alami Masalah Kesihatan Sepanjang Kehamilan Kedua… Dayana Roza Hidap Anemia, Tulang Pelvis Renggang

Atiqah Johari