Categories: Trending

Bikin Panik! Video Ibu Rebah Dapat Kejutan Viral Di Twitter, Rupa-Rupanya…

Seorang pengguna laman sosial Twitter, Isskndar Ariffin berkongsi potongan video aksi seorang ibu yang hampir rebah selepas menerima kejutan.

Video terbabit memaparkan adegan seorang wanita yang membuat kejutan kepada ibunya dan wanita terbabit menghadiahkan insan istimewa terbabit sebuah rumah banglo.

“Rasa nak menangis aku rasa petang-petang macam ni bila tengok video yang dia hadiahkan mak dia sebijik rumah banglo.

“Sampai rebahlah mak weh dia! Betullah orang cakap, kalau kita dah berjaya jangan sesekali kita lupa asal-usul kita. Jangan lupa balas jasa mak ayah kita,” tulis Isskndar.

Menerusi maklumat yang disampaikan oleh pengguna Twitter juga, wanita yang menghadiahkan ibunya sebuah rumah banglo adalah seorang usahawan yang merupakan pengasas kepada produk Seri Lady, Juzailah Shariff.

Menerima lebih 13,000 ulang kicau dan hampir 19,000 tanda suka, video yang dikongsikan oleh Isskndar itu tular di laman Twitter.

Video terbabit menerima respons positif oleh pengguna Twitter yang rata-ratanya terharu melihat video yang dikongsikan.

Padin