Categories: Trending

Macam Mana Nak Balik Raya? Kadar Kebolehjangkitan Covid-19 Kian Meningkat

Pastinya kebenaran untuk merentas negeri sempena sambutan Aidilfitri amat dinanti-nantikan oleh semua rakyat Malaysia. Namun, adakah perkara itu akan terjadi kerana kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R naught (Rt) mengikut kes seharian di seluruh negara semalam kembali meningkat kepada 1.06.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, memaklumkan Rt merekodkan nilai sama iaitu 1.06 sebelum menurun kepada 1.03 pada Sabtu dan kembali kepada angka 1.06, semalam.

Menerusi perkongsian di Facebook beliau semalam, selain Terengganu, negeri lain yang melebihi angka 1.0 adalah Putrajaya (1.34), Sabah (1.21), Kelantan (1.15), Sarawak (1.08), Perak (1.07), Kedah (1.06). Perak dan Kuala Lumpur masing-masing dengan (1.05) dan Selangor dengan (1.02).

Namun, nilai RT  terendah yang pernah direkodkan di negara ini ialah 0.81 iaitu pada 3 Mac 2021.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan menjangkakan negara bakal mencapai kadar Rt kurang 1.0 menjelang Mei depan.

 

Sumber : BH

Salma Syahbuddin