Categories: Trending

Punya Kelas Tersendiri, Sophia Zuhri Tampil Dengan Genre Muzik Britpop

Walaupun baru berusia 17 tahun, gadis muda, berkeyakinan dan berbakat, Sophia Zuhri, tampil melakukan kelainan daripada genre kebiasaan kepada gaya muzik lakuran (fusion) Britpop yang pastinya dapat memikat hati peminat pemuzik tanah air. 

Memulakan karier nyanyian dan penulisan lagu ketika berusia 14 tahun maka tidak hairanlah jika gadis ini menjadikan muzik sebagai keutamaannya.

“Selalunya saya akan menulis mengenai sesuatu situasi atau keadaan yang menyentuh perasaan saya, sama ada apa yang saya alami sendiri ataupun melalui pemerhatian di sekeliling.  Secara tidak langsung saya akan memetik ukulele dan mula menulis melodi atau menyanyikan lagu menerusi telefon bimbit,”

Sophia dalam kelasnya tersendiri

Dengan bakat yang dimiliki dalam bidang muzik,  Sophia akhirnya bertemu dengan komposer, penulis lirik dan penyanyi tersohor negara, Ajai yang juga mengakui gadis ini mempunyai kelas tersendiri.

“Saya mahu dia memiliki vokal yang lebih baik berbanding dengan apa yang dimilikinya sekarang,Sebagai produser, bakat Sophia mengingatkan saya ketika mula-mula menceburi industri muzik pada era 90-an”
“Dia memiliki kelasnya yang tersendiri dan membuatkan saya bersetuju untuk berkolaborasi,”

Tampil dengan Game of Charades

Kolaborasi magis Sophia dan Ajai ini akhirnya menghasilkan nukilan Game of Charades, dengan sentuhan Britpop edgy dan lagu ini pastinya akan menjadi lagu pilihan peminatnya.

Selain menaruh harapan tinggi agar single tersebut menjadi batu loncatan untuk mengembangkan kerjaya dalam bidang penulisan lagu,dan menjadi individu yang disegani dalam industri, Sophia juga secara rasminya menjadi komposer dan penulis lirik yang ditandatangani di bawah Universal Music Publishing Sdn Bhd.

 

 

Salma Syahbuddin