Categories: Trending

Lagu Gedik Bukan Lagu Semberono, Bael0n Akui Versi Baharu Cek Mek Molek Ini Pasti Diterima Peminat

Bagi sesiapa yang menjadi pengikut Tik Tok anak muda meningkat naik ini, kelincahan Bael0n pastinya cukup diingati.

Justeru, itu menjadi keyakinan utamanya untuk menghasilkan lagu sulungnya berjudul Gedik yang berdurasi satu minit.

Menjadikan lagu ikonik, Cek Mek Molek nyanyian Datuk M Daud Kilau sebagai inspirasi utama dalam penghasilan lagu Gedik, strategi ini dilihat cukup bijak apalagi lagu itu sendiri masih digilai hingga sekarang.

Impian jadi kenyataan

Menurut anak muda ini, penghasilan lagu Gedik sekaligus menjadikan impian beliau sebagai suatu kenyataan.

“Secara peribadi, Cek Mek Molek adalah antara lagu kegemaran saya selain ia terlalu ikonik serta malar segar. Yalah, sejak kanak-kanak lagi saya sudah mendengar lagu itu. Jadi, selepas membuat perbincangan bersama pihak pengurusan dalam aspek pemilihan lagu, kami bersetuju untuk tampil dengan Gedik.”
“Gedik secara dasarnya memang diinspirasikan daripada lagu Cek Mek Molek. Semestinya saya sangat teruja apabila mendapat peluang keemasan untuk memberikan nafas baharu terhadapnya”

Tidak semberono dalam penghasilan Gedik

Tidak ramai anak muda zaman sekarang yang mahu atau masih menjadikan penyanyi seperti Datuk M Daud Kilau sebagai idola dan sebagainya, namun bagi Bael0n penyanyi 60-an itu mempunyai gayanya tersendiri yang cukup ‘melekat’ di hati setiap peminatnya.

Oleh itu, Bael0n tidak mahu semberono dalam penghasilan lagu Gedik ini. Malah, belaiu juga mencabar diri untuk belajar dan menulis lirik rap
meskipun elemen itu di luar zon selesanya.

“Saya cuba tulis dan belajar rap buat pertama kali. Sejak dulu pun saya memang berangan jadi penyanyi serta penulis lagu. Bo selaku penerbit yang mencipta rentak sebelum saya terfikir alangkah menariknya jika dimasukkan rap. Saya kemudian cuba untuk gunakan kemahiran rap amatur saya amatur untuk cipta lirik yang mesra telinga,” katanya.

Jadi buat semua peminat Baelon, jangan lepaskan  peluang untuk mendengar dan menyokong lagu Gedik menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music.

 

Salma Syahbuddin