Trending By: Padin January 7, 2022 @ 11:20am

“Bila Saya Dengar Balik Suara Saya, Sedap Pula…” – Muncul Dengan Single Pertama, Michael Ang Tak Kisah Dikritik

Pengarah, pelakon dan penerbit yang kini bergelar penyanyi, Michael Ang tak kisah sekiranya ada segelintir pihak mahu mengkritik single pertamanya yang berjudul Cinta Atau propa.

Dikenali sebagai seorang individu yang lantang bersuara, Michael bersedia untuk menerima kecaman sesetengah pihak apabila dia muncul dengan lagu ciptaan Killa Driz dan mendapat sentuhan Hafiz Hamidun selaku penerbit.

“Bagi saya nak kritik itu hak peribadi. Semua orang ada hak untuk kritik, jadi saya tak harus membalasnya. Sama juga seperti saya, saya juga mengkritik tetapi komen yang saya berikan adalah kepada mereka yang bersaing dalam program realiti.

“Saya percaya semua orang boleh kritik tapi kalau saya kena kritik pun, saya tak harus menjawab atau marah. Sama seperti drama yang saya arahkan dan terbitkan, saya tak pernah menjawab kritikan. Jadi apabila keluar dengan Cinta Atau Propa, saya dah bersedia untuk orang kritik atau caci,” katanya kepada Xtra.

Pelakon telefilem Titi Kayu ini juga mendedahkan dia berhadapan dengan tekanan sewaktu menerima tawaran untuk merakamkan single Cinta Atau Propa.

“Sebenarnya, ketika ada pihak yang menawarkan saya mengeluarkan single, saya sedang berhadapan dengan tekanan kerja dan peribadi. Empat bulan akhir di tahun 2021 memang perit untuk saya. Saya juga ada berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan bantuan.

“Ketika tawaran merakamkan single datang, saya terus bersetuju untuk saya elak tekanan membelenggu. Semasa hari pertama untuk merakamkan single itu, tiba-tiba saya rasa tak yakin. Mereka yakinkan saya mampu buat dan sekiranya tidak, semuanya boleh dibatalkan sahaja. Kata-kata dorongan mereka membuatkan saya mahu mencuba.

“Ketika saya berhadapan dengan masalah, saya mencabar diri sendiri untuk membuat perkara lain. Jadi, kepada mereka yang berhadapan dengan masalah tekanan seperti saya, jangan segan untuk berjumpa pakar dan meminta bantuan. Buatlah perkara yang berbeza untuk anda rasa happy.

“Saya rasa gembira dengan diri sendiri kerana tak pernah terfikir pun saya boleh jadi penyanyi tetapi saya dah mencuba. Saya tahu suara saya tak berapa nak sedap tapi saya telah mencuba yang terbaik. Apabila single dah siap, bila saya dengar balik suara saya, sedap pula,” katanya sambil tertawa.

Single Cinta Atau Propa yang kini meraih lebih 54,000 tontonan boleh disaksikan di saluran YouTube Indigital Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 27 Apr 2022
Featured Wed, 5 Oct 2022
Trending Sun, 30 May 2021

Didakwa Pertikai Sistem Raja Berpelembagaan, Ibu Neelofa Buat Laporan Polis

Ibu kepada selebriti dan usahawan popular Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed menjelaskan bahawa hantaran Instagram Story miliknya yang tersebar berkenaan sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia berlaku kerana kecuaian salah seorang pekerjanya. Menurut Kartini, pekerja

Featured Wed, 20 Jul 2022
Trending Thu, 5 Dec 2019

Paus Sperma Ditemui Mati Terdampar

Derita Perut Dipenuhi 100 Kg Sampah Sarap

Featured Thu, 15 Dec 2022
Trending Mon, 14 Jan 2019

Pekerja Maut ‘Dipenggal’ Bilah Helikopter

Salvatore Disi, 62, meninggal dunia pada Khamis berdekatan bangunan tempat menyimpan pesawat di Lapangan Terbang Wilayah Brooksville-Tampa Bay.

Trending Thu, 25 Jun 2020
Featured Sat, 12 Feb 2022

| Live TV