Featured By: Aqilah Paharuzi July 18, 2022 @ 4:03pm

Terima Anugerah ‘Malaysia Most Outstanding Excellence Celebrity’, Instagram Fazura Dibanjiri Ucapan Tahniah

Pelakon terkenal, Nur Fazura menerima pengiktirafan sebagai ‘Malaysia Most Outstanding Celebritiy’ pada Sabtu lepas.

Berkongsi berita gembira itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya, Fazura berterima kasih kepada pengarang jantungnya, Fattah Amin atas sokongan yang tiada noktah buat dirinya sepanjang berkecimpung dalam bidang keusahawanan ini semenjak sedekad lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Terima Kasih Jual Inai Murah..” – Netizen Dakwa Komen Nur Fazura Perli Seseorang, Che Ta Tampil Bersuara!

“Faz bersyukur dan mengucapkan terima kasih diatas pengiktirafan sebagai ‘Malaysia Most Outstanding Excellence Celebrity of the Year (Female) di 3rd World Excellence Extrepreneur Brand Celebriti Awards pada hari Sabtu lepas.

“Faz mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada suami tercinta, Fattah Amin dan puteri tersayang kami Fatima kerana sokongan dan kasih sayang yang diberikan selama ini.

“Faz juga disini ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada abang Faz, Ahmad Faiz yang merupakan mentor dan rakan perniagaan Faz sejak sedekad lalu.

“Terima kasih juga kepada Team FAZURA yang sentiasa berusaha dengan penuh dedikasi dalam semangat kekeluargaan untuk memajukan perniagaan #MilikSemua. Tidak lupa juga kepada pengurus Faz, Iman Tang. I love you all,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Dalam pada itu, Fazura yang dikenali sebagai seorang selebriti sangat disenangi dan disayangi oleh rata-rata peminat turut mengucapkan rasa syukur atas sokongan daripada penyokongnya.

“Tidak lupa kepada semua rakan-rakan dan para penyokong Faz serta peminat setia produk FAZURA. Faz sangat hargai sokongan dan doa darlings semua.

“Sekali lagi, terima kasih semua dan terus doakan kejayaan kita bersama.. mudah mudahan.. Amin,” luahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Menerjah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata rakan selebriti Fazura membanjiri ucapan sekalung tahniah atas kejayaan dan pengiktirafan yang dimilik pelakon Istanbul Aku Datang itu.

Ramai dalam kalangan pengikut Faz mengkagumi aktres jelita ini dimana menurut mereka selebriti kesayangan mereka itu layak untuk dinobatkan sebagai penerima anugerah tersebut atas sikapnya yang sangat merendah diri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 21 Feb 2019
Hiburan Thu, 21 Nov 2019

Dakwaan Tak Endah Anak, Suami Lufya Jawab Tuduhan Netizen!

Dr Che Hafiz turut memuatnaik beberapa keping gambar dia dan anak di dalam mahkamah. 

Eat Travel Fri, 24 Apr 2020

2 helah penyediaan makanan mudahkan percutian santai

Bercuti, tetapi makan seperti di rumah sendiri

Trending Tue, 30 Oct 2018
Featured Sat, 28 May 2022

“Saya Tak Nak Jadi Budak-Budak…”- Ini Penjelasan Siti Nurhaliza Mengenai Isu Papan Iklan Digital

Sepatutnya bangga lah kan Siti wakil warga Malaysia dalam kempen EQUAL…

Hiburan Fri, 30 Nov 2018

Impian Jadi Kenyataan, Syamel Mampu Beli Kereta Mewah Okay!

Wah, lepasni bolehlah tumpang kereta Syamel ronda-ronda

Featured Wed, 17 Jan 2018

8 Kesan Negatif Gajet Terhadap Kanak-kanak

Kuasa gajet terhadap kanak-kanak yang melanda ketika ini bukan sahaja menjadi fenomena di Malaysia, malah sudah menjadi isu global. Rata-rata ibu bapa berasa bimbang terhadap isu ini, namun dek kesibukan terhadap rutin seharian, ada juga

Featured Wed, 13 Jun 2018

Jom Layan 10 Lagu Raya Terbaik Pilihan Hijab & Heels

Memanggil-manggil keinginan hati untuk segera pulang ke kampung setiap kali mendengar lagu Raya yang berkumandang di radio.

Trending Sat, 18 Dec 2021

Cium Penari Wanita Atas Pentas Anugerah Drama Sangat 2021, Rupanya Ariff Bahran Dah Kahwin 3 Bulan Lepas!

Aksi penyanyi Ariff Bahran mencium dahi seorang penari wanita di pentas Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS 2021) ketika menyampaikan lagu Bicara Rasa bersama rakan duetnya, Sarah Suhairi membuatkan ramai terkejut. Rupa-rupanya, penari itu adalah isteri

| Live TV