Program TV By: Salma Syahbuddin May 4, 2020 @ 2:00pm

‘HeroKu’ Bawa Penonton Selami Pengorbanan ‘Frontliners’

Sambutan Hari Pekerja yang disambut pada 1 Mei lalu sangat bermakna terutamanya kepada petugas barisan hadapan negara yang berjuang dalam membendung penularan wabak Covid-19.

Menerusi program HeroKu ini, penonton akan dibawa mendekati dan pada masa sama menyelami jiwa beberapa ahli keluarga para petugas barisan hadapan ini terutamanya golongan ibu bapa yang patut merasa bangga dengan pengorbanan dan dedikasi yang diberikan oleh anak-anak mereka dalam usaha membendung pandemik Covid-19.

Dan apa yang lebih menggembirakan, mereka dapat berhubung dengan ahli keluarga tersayang dan mengubati kerinduan mereka yang sentiasa bimbang akan keselamatan ahli keluarga mereka terutamanya mereka yang bertugas dibarisan hadapan.

Menurut Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima OMNIA, Encik Michael Chan, peluang ini harus diambil untuk menghubungkan para petugas barisan hadapan dengan keluarga mereka.

” Ia adalah untuk menzahirkan ucapan terima kasih, meluahkan rasa syukur, rindu dan bangga kepada pengorbanan mereka yang terpaksa berpisah dengan keluarga. Tidak lupa juga kepada petugas media, pasukan teknikal komunikasi serta elektrikal, pekerja pembersihan, ahli bomba dan mereka yang berkepentingan dalam mengehadkan penularan Covid-19 sepanjang PKP ini. Mereka adalah tunggak negara sementara semua orang selesa berada di rumah.”

Program berdurasai 30 minit ini akan disiarkan bermula 30 April 2020, setiap hari Khamis, pukul 6.30 petang di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Dec 2022

“Sampai Hati Kau Kenakan Orang Buta…” – Caliph Buskers Merayu Minta Bayaran

Macam mana boleh jadi macam ni? Semoga dapat diselesaikan dengan baik

Featured Wed, 28 Sep 2022

Susulan Isu Nafkah Anak DDNK, Rita Rudaini Pula ‘Buka Mulut’ Bekas Suami Cuma Beri…

Kita semua tuntut ‘di sana’, biar mereka bergembira di dunia – Rita Rudaini

Featured Mon, 6 Mar 2023
Trending Fri, 17 Sep 2021

Emas & Wang Bernilai Lebih RM0.5 Juta Lesap, Pemuda Ditipu Pasangan Sejenis Bergelar ‘Tengku’

Seorang lelaki berusia 20-an berputih mata apabila sejumlah barang kemas milik ibunya bernilai RM370,000 dan wang tunai berjumlah RM201,000 lesap akibat ditipu oleh pasangan sejenis. Lebih mengeruhkan keadaan, lelaki yang merupakan peniaga ‘online’ diugut akan […]

Trending Fri, 27 Mar 2020

“Saya Bukan Bodoh, Tunjuk Mewah Lepastu Minta Bantuan,”- Black Hanifah Bidas Kecaman Warganet

PENYANYI Black Hanifah menerima kecaman teruk daripada netizen selepas mengeluarkan kenyataan mencadangkan pihak kerajaan agar tidak meminggirkan golongan penggiat seni tempatan. Menurut Black, penggiat seni juga turut menerima tempias kerana lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan […]