Featured By: Aqilah Paharuzi May 20, 2022 @ 6:08pm

Nahas 5 Pelajar USAS: Bomba Kongsi Pengalaman Pilu Cuba Keluarkan Mangsa – “Amat Sukar.. Kereta Remuk Dihentam Treler”

Pasukan bomba dan penyelamat berkongsi detik kesukaran saat mengeluarkan mayat lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang terkorban pada kemalangan melibatkan dua buah treler.

Menurut pihak bomba, kejadian menyayat hati yang berlaku pada 12 Mei lalu di Kuala Kangsar mendedahkan keadaan kereta mangsa digambarkan seperti menarik ‘tin kemek’ yang perlu direngangkan.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku apabila hentaman kuat kenderaan berat dari belakang yang membawa besi pagar telah menyebabkan kereta mangsa terlalu remuk sehingga perlu direnggangkan.

Memetik laporan Kosmo, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar, Ahmad Izuwan Zakaria berkata, setibanya di lokasi kejadian, mereka mendapati tragedi membabitkan tiga buah kenderaan dengan dua daripada sedang terbakar.

“Semasa tiba di lokasi, orang awam ada maklumkan di dalam kereta itu terdapat mangsa terperangkap, namun tidak me­ngetahui jumlah sebenar mereka.

“Selepas api berjaya dipadamkan, kami terkejut apabila mendapati terdapat lima mangsa rentung dan keadaan mereka sangat menyayat hati.

“Keadaan beberapa mayat yang melekap di bahagian belakang kerusi pemandu dan penumpang hadapan menyukarkan anggota mengeluarkan mangsa,” katanya.

Tambah beliau, selepas api berjaya dipadamkan dalam masa 11 minit, anggota bomba terpaksa merenggangkan keadaan bagi memudahkan keadaan untuk mengeluarkan mangsa satu persatu.

Difahamkan, kereta mangsa dan treler muatan besi pagar itu terbakar kira-kira 90 peratus, manakala treler muatan mozek pula 20 pe­ratus terbakar.

Tambah beliau, kesesakan lalu lintas adalah antara kesulitan utama anggota bomba lewat tiba di lokasi kejadian.

Namun, tindakan pantas anggota berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh singkat selain mengelak letupan yang mungkin berlaku.

“Selain faktor keadaan mayat, kesulitan utama yang dialami oleh bomba ialah dari segi ke­sesakan yang melambatkan usaha jentera tiba awal di lokasi nahas selain kekurangan sumber air terbuka dan tiada pili bomba di kawasan kejadian,” katanya.

Lima pelajar USAS yang maut adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; Iqbal Hasnun Halimi, 23; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20.

Artikel Berkaitan: Nahas 5 Pelajar USAS: Pemandu Treler Mengaku Tak bersalah, Berdepan Hukuman Penjara 10 Tahun & Denda RM50,000

Artikel Berkaitan: Tragedi Terowong Menora: Penghafaz Al-Quran Antara 5 Korban Rentung Di Terowong Menora

Artikel Berkaitan: Tragedi Terowong Menora: Pemandu Treler Direman 4 Hari, Ternyata Mempunyai 22 Saman Kesalahan Trafik & 8 Pandu Lebih Had Laju

Artikel Berkaitan: Tragedi Terowong Menora: Penghafaz Al-Quran Antara 5 Korban Rentung Di Terowong Menora

Sumber/Foto: Kosmo Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 21 Apr 2022

Warga OKU Malaysia Dihukum Gantung 27 April Ini Di Singapura

Semoga ahli keluarga mangsa tabah dan kuat..

Trending Thu, 28 Apr 2022
Hiburan Mon, 29 Jul 2019

‘Berada’ Taruhan Baharu Aman RA, Altimet, Noh Salleh

Lagu yang berunsurkan pengajaraan ini juga mengunakan “wordplay” perkataan Berada (berharta), Berada (kedudukan) dan Brader (Persaudaraan).

Featured Fri, 25 Oct 2019
Hiburan Thu, 17 Aug 2023

Anggap Netizen Kelakar, Amelia Henderson Nafi Buat Persiapan Kahwin Dengan Aedy Ashraf

Ehemm so apa status Ame dengan Aedy ya? Guna kreativiti masing masing ok

Trending Thu, 16 Jan 2020

Anak Pendakwah Ahmed Deedat Ditembak Di Kepala

Seorang aktivis warga Afrika Selatan yang juga anak kepada pendakwah antarabangsa terkenal, Sheikh Ahmed Deedat kini bertarung nyawa selepas ditembak di luar sebuah mahkamah, pada Isnin. Jurucakap polis, Kolonel Thembeka Mbela berkata, mangsa, Yousuf Deedat, […]

Featured Thu, 3 Nov 2022

“Hidup Ni Kalau Happy Sangat Pun Tak Best” – Bicara Comel Mika Sentuh Hati Warganet

Pempengaruh cilik Mika yang menggunakan akaun Mika dan Daddy di laman TikTok sentiasa berjaya meraih perhatian netizen kerana menghasilkan ‘content’ yang dapat menyuntik semangat netizen. @mika_and_daddy Dalam hidup ni perlu ada turun naik. Baru la […]

Hiburan Sat, 6 Jul 2019

Jalan Cerita Lebih Gempak, Filem Nur Bakal Ke Pawagam Tahun Depan!

Lebih istimewa, kesemua pelakon drama Nur 2 dikekalkan untuk beraksi dalam filem itu.

Trending Fri, 18 Jun 2021

“Ada Yang Kutuk Muka Saya Macam Tapak Kaki Jimin BTS” – ‘Oppa Malay’ Meer Nash Bersedia Terima Kecaman

Penyanyi Meer Nash bersedia untuk menerima kecaman apabila muncul dengan single baru berjudul Saranghae yang mempunyai elemen muzik K-Pop. Pernah menerima gelaran Oppa Malay ketika menyertai program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) musim […]