Trending By: Padin April 28, 2022 @ 7:47am

Che Ta Pot Pet Nak Tonjol Bakat Nyanyian, Nafi Guna Teknik ‘Autotuned’

Penyanyi Che Ta Pot Pet, 35, menafikan tanggapan sesetengah netizen yang mendakwa dia menggunakan teknik ‘autotuned’ ketika merakamkan single pertamanya, Aku Yang Kau Mahu.

Pernah menimba pengalaman menyanyi ‘live band’ selama beberapa tahun, Che Ta atau nama sebenarnya, Rozita Bahrom merakamkan lagu terbabit kerana minat mendalam dalam dunia nyanyian.

“Mereka tahu kerjaya hakiki saya adalah usahawan, jadi ada pula yang tuduh saya ‘autotuned’ suara sendiri dalam single di bawah syarikat rakaman Rusa Music itu. Sebelum dikenali sebagai pengasas produk Secret Desire, saya terlebih dahulu menimba pengalaman sebagai penyanyi untuk kumpulan Tribute Crew.

“Selaku vokalis ‘live band’ selama tiga tahun, saya banyak menyanyi di Hard Rock Pulau Pinang dan majlis-majlis di sekitar utara tanah air. Kadang-kadang saya menggantikan orang. Saya memang minat dunia nyanyian dan ada pengalaman, jadi tak salah saya turut sama memeriahkan industri seni,” katanya.

Tidak berputus asa, Che Ta terus bersikap positif dan bakal mengeluarkan single terbaharu tidak lama lagi.

“Untuk menyanyi secara ‘live’, saya memang tidak ada masalah. Malah, ketika saya muda, saya pernah menyertai ujibakat program realiti TV tetapi tidak terpilih untuk ke peringkat akhir.

“Bila kewangan saya stabil kerana jualan produk Secret Desire yang memberangsangkan, saya sanggup melabur kerana saya memang minat dunia nyanyian. Single pertama ciptaan Aepul Roza yang keluar pada penghujung 2020 meraih lebih 53,000 tontonan tanpa sebarang promosi besar-besaran.

“Jadi, saya mahu muncul dengan lagu baharu untuk tahun ini dan masih mencari material sesuai. Saya mahu menggapai cita-cita untuk bergelar penyanyi dengan kewangan sendiri. Saya berharap agar segalanya dipermudahkan,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 4 Apr 2023
Trending Mon, 1 Jan 2018

16个“赋予灵魂”的物品 包你目瞪口呆

你相信东西也有灵魂吗?如果哪天物品都赋予生命了,大家应该都会被吓得目瞪口呆!

Featured Wed, 29 Apr 2020
Hiburan Wed, 23 Nov 2022

“Lupa Nak Turn!” – Gelagat Neelofa & Nurin Afiqah Ikut Trend TikTok Buat Netizen Terhibur

Pempengaruh Nurin Afiqah sedang mengikuti trip bersama dengan Neelofa untuk sebuah jenama yang diusahakan oleh selebriti itu. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik sendiri oleh Nurin di laman TikTok sehingga berjaya meraih perhatian. Menerusi

Hiburan Thu, 8 Dec 2022
Featured Mon, 20 Dec 2021

Lagu Cinta Kita 3: Malhamka & Yuveena Gagal Ke Final, Ada Luahan Hati Di Sebalik Pintu? Jom Recap Separuh Akhir LCK3!

Minggu separuh akhir Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) yang bertemakan Cinta OST berlangsung pada malam tadi. Episod ketujuh ini telah menyaksikan lima pasangan merebut tempat ke pentas akhir iaitu Malhamka & Yuveena, Hariz & Wanie,

Featured Tue, 23 Aug 2022
Acara Fri, 12 May 2023

ABPBH Ke-35 Kembali! Kekalkan Legasi Seni Dengan Iktiraf Bakat Muda

Wah banyak kategori baru untuk ABPBH-35! Jangan lupa undi bintang kegemaran korang sebelum 11 Jun depan 🤩

| Live TV

error: Content is protected !!