Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir March 19, 2023 @ 12:33pm

Persiapan Sudah Separuh Jalan, Mimi Lana Bersedia Jadi Isteri Syafiq Kyle – “Masing-Masing Tahu Peranan…”

Pelakon cantik, Mimi Lana memberitahu sudah bersedia untuk menjadi isteri kepada pelakon popular, Syafiq Kyle, tahun ini.

Menurut Mimi atau nama sebenar Mimi Rozaiana Zainal Abidin, dia memohon orang ramai agar urusan rumah tangga yang bakal dibina mereka dipermudahkan.

“Saya dan Syafiq pun sudah berkawan lama. Insya-Allah sudah bersedia, doakan saya.

“Sejujurnya memang ada sedikit rasa berdebar sebab bakal melangkah ke satu fasa yang lebih serius dalam hidup. Tapi tidaklah rasa gemuruh yang keterlaluan, mungkin detik itu belum sampai lagi.

“Pada waktu ini, saya banyak berdoa supaya kami berdua dapat laluinya dengan baik, tiada masalah. Itu saja yang saya harapkan.

“Berkenaan hal-hal lain, tiada ada yang boleh saya ulas lanjut mengenainya. Saya risau juga kalau asyik berkongsi, peminat pun naik bosan sebab hal yang sama.

“Tapi itulah hakikatnya, insya-Allah dalam tahun ini juga (berkahwin),” katanya.

Mimi ditemui semasa Majlis Kempen Ramadan Raya ‘Seindah Kasih’ Media Prima Berhad di Glenmarie, semalam.

Mengulas lanjut mengenai persiapan perkahwinannya, hampir separuh sudah selesai.

“Kalau nak bercakap mengenai hal perkahwinan, rasanya sama seperti pasangan lain. Cuma syukur kerana kami sudah lama mengenali jadi proses itu makin mudah. Semuanya mengikut apa yang dirancangkan, masing-masing juga sudah tahu peranan.

“Malah ahli keluarga kami pun sangat menyokong. Alhamdulillah setakat ini, lebih 50 peratus persiapan sudah dilakukan, sudah separuh jalan” ujarnya.

Terdahulu, Syafiq memaklumkan majlis perkahwinannya dijangka berlangsung selepas Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Untuk rekod, Syafiq bersama keluarga telah merisik Mimi pada 21 Januari lalu di sebuah majlis tertutup.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 8 Sep 2024

Sabronzo Nafi Bercinta Dengan Ahli Politik

Video viral tu nampak mirip Sabronzo tapi bukan ye guyss

Trending Wed, 6 Oct 2021

Julung Kali Diadakan, Undian Anugerah Drama Sangat Kini Bermula!

TV3 bakal melangsungkan Anugerah Drama Sangat (ADS) khusus buat peminat drama Malaysia pada bulan Disember nanti! Buat julung kalinya, ADS diadakan sebagai sebuah anugerah berprestij untuk meraikan setiap keringat dan tulang belakang industri hiburan kita. […]

Featured Thu, 20 Mar 2025

Gabungan Padu Top CSOIAM, Lagu ‘Kemas Kemas Raya’ Hadiah Istimewa Buat Peminat

Menggabungkan elemen muzik tradisional dan moden dalam genre pop, lagu raya ini bukan sekadar hiburan biasa.

Trending Mon, 16 Jul 2018

Rebut Kereta Punya Pasal Punca Suami Naik Tangan?

Mangsa nekad tidak mahu mengalah dan terus masuk ke dalam kereta di bahagian penumpang hadapan dengan niat untuk menghalang tindakan suspek.

Trending Fri, 6 Nov 2020

Malaysia Dijangka Alami Pertembungan 2 Wabak Hujung Tahun Ini

Jangan leka dan dapatkan suntikan jika perlu

Hiburan Thu, 16 Sep 2021

“Isteri Dah Bersalin, Saya Masih Pregnant” – Fazley Yaakob Dedah Hilang 30 KG, Badan Slim Tapi Lembik & Gemuk Air

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan beratnya turun sebanyak 30 kilogram (kg) tetapi badannya masih lembik dan ‘gemuk air’. Berkongsi perubahan bentuk badannya sebagai motivasi di laman Instagram, semuanya bermula ketika Fazley menemani […]

error: Content is protected !!