Trending By: Padin June 18, 2021 @ 4:37pm

“Ada Yang Kutuk Muka Saya Macam Tapak Kaki Jimin BTS” – ‘Oppa Malay’ Meer Nash Bersedia Terima Kecaman

Penyanyi Meer Nash bersedia untuk menerima kecaman apabila muncul dengan single baru berjudul Saranghae yang mempunyai elemen muzik K-Pop.

Pernah menerima gelaran Oppa Malay ketika menyertai program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) musim ke-3 tahun lalu, Meer atau nama sebenarnya, Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul, 26, berjinak-jinak dalam bidang penciptaan lagu apabila menghasilkan single Saranghae yang mengetengahkan irama K-Pop.

“Lagu Saranghae ini adalah hasil karya saya sendiri. Kalau ikutkan, lagu ini bukan lagu pertama saya. Sebelum ini saya pernah tulis beberapa lagu, tapi saya berasakan masih belum cukup bagus lagi untuk diketengahkan.

“Namun, apabila saya menulis lagu ini saya suka dan ia boleh dikomersialkan. Ada yang tanya, kenapa saya nak masukkan elemen dan frasa Korea? Selepas ICSYVMY orang mula panggil saya Oppa Malay.

“Jadi, saya nak gunakan identiti yang diberikan itu. Saya bersedia untuk menerima kritikan dan kecaman apabila saya tampil dengan single sebegini. Malah, sebelum single ini keluar pun, sudah ada kecaman.

“Ada yang kutuk muka saya macam tapak kaki anggota BTS, Jimin, ada yang bagi ‘middle finger’ dan macam-macam lagi. Jadi, selepas single ini keluar pun, saya dah bersedia dengan kecaman,” kata Meer.

Tidak mudah mengalah, Meer mahu memberikan fokus kepada perkara positif dan mahu melebarkan langkah dalam bidang muzik.

“Apabila saya mahu melibatkan diri dalam industri hiburan, saya sendiri dah tahu, mesti ada yang suka, ada yang tak suka, ada yang puji, ada yang kecam. Saya sudah bersedia dan ‘get ready’ dengan perkara sebegini.

“Kadang-kadang kecaman buat saya rasa ‘down’, tetapi saya mahu fokus sahaja kepada perkara yang positif. Saya berharap peminat boleh menerima lagu serta muzik yang saya bawakan,” katanya lagi.

Saranghae yang diterbitkan oleh Universal Music Malaysia kini sudah tersedia di semua pelantar penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 10 Feb 2023
Featured Wed, 18 May 2022
Hiburan Sun, 14 May 2023
Trending Wed, 23 Jun 2021

PKP 3.0 Disambung Atau Tidak? Keputusan Bakal Diumum 2 Atau 3 Hari Sebelum 28 Jun

Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bakal disambung atau beralih ke fasa seterusnya tidak akan diumumkan dalam masa terdekat. Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia bakal diumumkan dua atau tiga hari […]

Featured Wed, 29 Jun 2022
Featured Mon, 3 May 2021

Bayaran i-Sinar Dibuat Pada Hari Isnin Sehingga 11 Mei

Umum maklum, sejak kerajaan memperkenalkan i-Sinar, isu ini sering menjadi tumpuan utama rakyat. Terbaru, Kumpulan Wan Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan pembayaran bagi permohonan i-Sinar pada bulan ini akan dibuat pada Isnin sehingga 11 Mei ini. […]

error: Content is protected !!