Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi February 16, 2023 @ 8:45pm

Menangis Terima Lagu Dari Shila Amzah, Suki Low Harap ‘Bahagia Yang Sebentar’ Rawat Hati Terluka

Penyanyi Suki Low Sook Yee kini muncul dengan single terbaharu berjudul Bahagia Yang Sebentar hasil ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi popular, Shila Amzah.

Menurut Suki, dia menerima tawaran tersebut seusai bertanding di pentas Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) dan mengakui sangat berpuas hati dengan karya ini.

“Sebenarnya, saya terima demo lagu ini daripada Shila sehari selepas GV8 berakhir. Selepas mendengarnya, saya memang suka dengan lagu ini dan mahu jadikannya single baharu selepas GV8.

“Tapi, pada masa itu juga, saya terima pelawaan untuk terbabit dalam projek lagu Nelangsa, OST filem The Assistant arahan Adrian Teh dan juga beberapa projek yang lain seperti berlakon dan penyanyi suara latar untuk filem Pinocchio oleh Disney serta penerbitan lagu Hari Kebangsaan Hari Malaysia 2022, Keluarga Malaysia Teguh Bersama untuk dinyanyikan oleh saya bersama Amir Masdi, Amos Paul dan Nikki Palikat.

“Selain itu, saya juga sibuk dengan kerja dan jadual lain. Disebabkan itu, saya mengambil lebih masa untuk selami lagu Bahagia Yang Sebentar dan merancang cara untuk menyampaikan lagu ini. Saya terbitkan lagu ini sendiri dan sangat berpuas hati dengan hasil karya kali ini,” ujarnya.

Suki berkata, dia terharu dan menitiskan air mata ketika mendapat lagu daripada Shila. Malah berharap pelantun lagu Tiada Dirimu itu berpuas hati dengan karya tersebut.

“Saya rasa sangat terharu, menitis air mata pun ada bila Shila kongsikan demo. Ia adalah sebuah lagu yang penuh dengan jiwa. Saya berbesar hati atas kepercayaan Shila untuk memberi lagu ini kepada saya.

“Dia seorang yang sangat meyokong karier saya. Begitu juga saya terhadap Shila. Saya harap Shila puas hati dengan hasil karya akhir lagu ini.

“Saya merakam lagu ini pada awal Januari lalu. Proses produksi lagu ini bermula pada November tahun lalu. Proses rakaman vokal mengambil masa tujuh jam,” katanya.

Tambah Suki, biarpun sudah lama tidak merakamkan single baharu, tidak timbul perasaan kekok sebaliknya berasa teruja untuk memberikan yang terbaik pada setiap karya yang dihasilkan.

“Lagu ini mengisahkan kehilangan dan fasa kedukaan bila kehilangan seseorang. Menyangkal, marah, tawar menawar, depresi dan akhirnya penerimaan. Lagu ini pula bergenre lagu Pop Balada. Ia sebuah lagu cinta yang penuh emosi.

“Studio rakaman umpama ‘second home’ bagi saya. Saya suka luangkan masa dalam studio, kerana ia tempat selamat bagi saya mengekspresi segala emosi dan kreativiti, samaada sebagai penyanyi atau tenaga kerja produksi.

“Saya berharap lagu ini dapat diterima ramai serta dapat menemani pendengar yang melalui fasa kehilangan dan menyembuhkan hati duka. Bagi saya, muzik boleh menyembuh dan memberi semangat dan saya berharap lagu Bahagia Yang Sebentar dapat mencapai tujuan itu,” jelasnya.

Bahagia Yang Sebentar mula dilancarkan Nova Music 3 Februari lalu dan boleh mula distrim di semua pelantar muzik digital serta video muzik rasmi boleh mula ditonton di saluran YouTube ‘Nova Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Nov 2018
Featured Mon, 14 Jul 2025

“Tolonglah! Jangan Kaitkan Nabila Huda” – Shila Amzah

Shila sekali lagi menegaskan Abil tiada kaitang dengan isu tular.

Hiburan Fri, 27 Apr 2018

艾维奇死因曝光「是自杀」家人悲痛

瑞典知名DJ艾维奇(Avicii)20日被发现陈尸于阿曼(Oman)首都马斯喀特,突如其来的消息震惊全球粉丝。相隔近一个礼拜后,他的家人26日发出声明,证实他是死于自杀。

Hiburan Sat, 16 Nov 2024

“Lagu ‘Gen Z’ Tak Cukup Kuat Untuk Bersaing Di Pentas AJL 39” – Edry Abdul Halim

Edry berpendapat karya-karta Gen Z terlalu santai, tiada daya saing dan sukar bertanding dalam AJL 39

Featured Tue, 15 Jul 2025
Hiburan Wed, 8 Oct 2025

“Rancang Balik Diam-Diam, Tapi Akhirnya Disambut Luar Biasa” – Musa Nuwayri

Musa Nuwayri perancangan asal itu berubah apabila maklumat mengenai ketibaan mereka ‘terbocor’

Hiburan Fri, 5 Jan 2018

MELODI TAMPIL HOST BARU

Mereka merupakan calon yang paling sesuai untuk menjadi hos program Melodi yang akan bermula pada Ahad ini

error: Content is protected !!