Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida November 21, 2018 @ 6:44am

Datuk Neelofa Meninggal Dunia

Al- Fatihah… Salam takziah diucapkan kepada seluruh keluarga pengacara dan pelakon Neelofa atas kehilangan datuk tersayang, semalam.

Berita ini dimaklumkan menerusi laman InstaStory Neelofa tengah malam tadi.

“Insya-Allah moga Allah dan Rasulullah SAW menyambut Abah dengan gembira di hari mulia Baginda Nabi. Hari lahirnya Nabi dan hari wafatnya nabi.

“Allah menjemput Noor Mohamed bersama dengan hari wafatnya Rasulullah kekasih Allah – Nabi Muhammad. Al-Fatihah,” tulisnya.

Allahyarham Noor Mohamed menghembuskan nafas terakhir pada Selasa yang juga hari ulang tahun keputeraan dan kewafatan Nabi Muhammad SAW mengikut kalendar Islam iaitu 12 Rabiulawal 1440.

Dalam masa sama, pengurus Neelofa, Shawn Amer turut memuatnaik berita sedih itu di laman Instagramnya.

“Salam takziah buat Neelofa dan seluruh ahli keluarga yang baru kehilangan datuk (abah) beliau yang tersayang.

“Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah,” katanya.

Rata-rata pengikut di Instagram Neelofa menyampaikan salam takziah dan mendoakan agar Neelofa terus diberikan kesabaran dan kekuatan.

Sebelum ini, pengacara TV Popular ABPBH 2018 ini pernah memaklumkan keadaan datuknya yang uzur di laman Instagram. 

Neelofa juga pernah memuatnaik foto datuknya sedang terlantar sakit di hospital. Al- Fatihah…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Thu, 27 Oct 2022

“Manja Tak Kami?” – Berjoget Anak Beranak, Netizen Simpati Nasib Cahaya Mata Aliff Syukri

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sekali lagi menjadi perhatian umum apabila aksi berjoget bersama dua orang anaknya iaitu Qadejah El Zahra dan Ammar Ahyyan tular di media sosial. @aliffsyukriterlajaklarisManjaaa tak kami??♬ No comment […]

Hiburan Tue, 17 Jul 2018

Mia Ahmad Berdebar Tunggu September

Pelakon drama Hati Perempuan memberitahu suaminya, Mohd Izham Tarmizi turut berdepan debaran yang sama.

LIFESTYLE Thu, 16 May 2019

Show Off All the Right Curves this Raya with Dina Nadzir’s Plus Size Raya Collection

Plus size clothes have never looked better and feel comfier!

Hiburan Sun, 31 Dec 2017

大马资深演员傅志坚癌症病逝

大马资深演员傅志坚(坚叔)12月31日因癌症去世,享年59岁。

Featured Tue, 6 Sep 2022

“Individu Mirip Pelakon Cilik On*ni Bukan Anak Saya!” – Bapa Adam Mika Buat Laporan Polis

Itu penjelasan bapa kepada pelakon cilik yang didakwa melakukan perkara tidak senonoh😱

Featured Wed, 30 Apr 2025

Blood Brothers: Bara Naga Terus Gegar Panggung, Raih RM62 Juta Dalam 20 Hari!

Filem aksi itu terus meraih kutipan tertinggi selepas 20 hari tayangan.

error: Content is protected !!