Trending By: Salma Syahbuddin August 21, 2021 @ 7:51pm

Boleh Bergerak Lebih Dari 10KM & Tiada Had Kapasiti Kenderaan Bagi Individu Lengkap Suntikan Vaksin

Jumlah penumpang di dalam kenderaan bagi mereka yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin kini dibenarkan mengikut kapasiti tempat duduk kenderaan di negeri-negeri Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ia antara kemudahan tambahan diberikan bagi memudahkan pergerakan individu yang lengkap vaksinasi.

Bagaimanapun, pergerakan rentas daerah dan negeri masih tidak dibenarkan kecuali bagi pasangan jarak jauh, anak jarak jauh dan individu mendapat kebenaran Kementerian Kesihatan (KKM) dan polis.

Bagi perkhidmatan teksi dan e-hailing, MKN menetapkan bilangan penumpang kepada dua orang termasuk pemandu dengan penumpang mesti duduk di bahagian belakang.

Bagi kenderaan yang membawa barangan termasuk rantaian ekonomi serta industri, kapasitinya bergantung kepada lesen pendaftaran kenderaan.

Malah, menerusi perincian terbaharu dari MKN,  tiada lagi had pergerakan 10 kilometer bagi negeri Fasa 1 iaitu Kuala Lumpur, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Putrajaya namun,pergerakan haruslah berada dalam daerah yang sama sahaja.

 

 

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 24 Apr 2022
Featured Wed, 12 Jan 2022

Jumpa Individu Persis Arwah Abam, Fad Bocey Ubati Rindu

Pemergian pelawak dan penghibur Allahyarham Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan hampir dua tahun lalu meninggalkan kesan di hati peminat. Perkara sama pasti dirasakan oleh rakan seperjuangannya, Fad Bocey. Seorang

Trending Sat, 31 Oct 2020
Trending Sat, 6 Oct 2018

Korban Palu Hari Kelapan, 1,571 Jasad Ditemui

Sebahagian besar mayat ditemui dalam keadaan tidak sempurna, sekali gus mendedahkan ancaman kepada penyelamat.

Featured Tue, 17 Jan 2023

[VIDEO] Selepas ‘Menunggu’, Meerqeen Rakam Lagu Baru?

Meerqeen nak keluar lagu baru ke? Wahh multitalented lahh, Ayang siapa la ni untungnyaaa 🥰🤪🤪

| Live TV