Featured By: Salma Syahbuddin August 9, 2023 @ 1:44pm

Genap 2 Tahun Pemergian Siti Sarah, Iman Troye ‘Hadiah’ Lagu… Netizen Komen – “Rindunya Dekat Sarah! Auto Sebak Bila Ingat!”

Penyanyi Iman Troye mencuri perhatian apabila berkongsi sebuah video pendek memperlihatkan momen manisnya bersama Siti Sarah Raissuddin sempena genap dua tahun pemergian arwah.

Menerusi perkongsian di TikTok, Iman kelihatan memuat naik video ketika Sarah membuat kejutan kepadanya dengan membawa sejambak bunga dan belon beserta ucapan selamat untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Esok genap dua tahun pemergian Kak Sarah yang meninggalkan 1001 kenangan buat kita semua,” katanya.

Malah, sempena memperingati pemergian Siti Sarah pada 9 Ogos 2021, Iman tampil menyanyikan semula lagu yang pernah dipopularkan oleh arwah berjudul Kesetiaan sebagai tanda rindu buat penyanyi versatile itu.

“Lagu ini adik nyanyikan semula buat kami yang sentiasa merindui Kak Sarah. Al-fatihah buat Allahyarham Siti Sarah Raissuddin,” jelasnya.

Sebak melihat video yang dimuat naik semula oleh Iman, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya di ruangan balas berkenaan.

“Sebaknya, aku kalau pasal Sarah auto sebak. Everytime video dia muncul memang aku sebak. Moga Sarah tenang di sana.

“Dari arwah meninggal sampailah sekarang nama dia sentiasa meniti di bibir semua walaupun ada yang tak kenal. Hebatnya amalan dia. Pengakhiran yang sangat baik.

“Seriuslah dah dua tahun? Cepatnya…Semoga arwah Sarah ditempatkan dalamkalangan orang beriman.

“Banyak-banyak artis bab Sarah je auto sebak. Al-Fatihah.

“Nampak keikhlasan Iman rindukan Sarah. Al-Fatihah.

“Rindunya dekat Sarah. Saya kerja tempat karaoke saya masuk bilik je saya pasanga lagu arwah.

“Walaupun dah dua tahun arwah pergi, tapi tetap tak terasa dia dah tinggalkan dunia. Al-Fatihah,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 10 Jul 2019

‘Henti Siar Berita Kepulangan Adik Ainul’- Dr Amalina

Netizen kat luar sana, dengar ni apa Dr Amalina nak pesan!

Hiburan Thu, 13 Dec 2018
Hiburan Sat, 24 Aug 2019

陈昇 《华人公寓30周年巡回演唱会》改时间不改期!

陈昇《华人公寓30周年巡回演唱会》大马站将于8月31日正式开唱!由于雪兰莪州政府同日举办Maal Hijrah节日仪式,为示尊重,原订7时30分开场的演唱会,提前至同日中午12点开场。

Featured Wed, 1 Feb 2023

“Antara Faktor Yang Menarik Minat Saya…” – Afifah Nasir Tak Mahu Bakal Suami Aktif Di Media Sosial

Hmm zaman ni susah nak cari pasangan yang tak guna media sosial kan?

familuv Tue, 16 Jun 2020
Hiburan Wed, 15 Jan 2020

Penangan PGL 2020, 5000 Tiket Terjual Walaupun Belum Ada Pelakon?

Siapa agaknya jadi Hang Tuah dan Gusti Puteri??