familuv By: Ad Ops June 16, 2020 @ 11:48am

Ini yang perlu wanita lakukan jika berhadapan dengan pasangan curang

Setiap pasangan pasti mendambakan perhubungan yang bahagia sehingga ke akhir hayat, namun tidak semua impian itu menjadi kenyataan.

Antara masalah yang sering menjadi punca persengketaan suami isteri adalah kecurangan. Meskipun kecurangan boleh berpunca daripada suami atau isteri, kajian menunjukkan dalam kebanyakan kes lelaki lebih cenderung untuk curang kepada pasangannya.

suami curang

Menurut Harian Metro, Perunding Motivasi dan Kaunseling Keluarga, Dr Robiah K Hamzah, berkata secara purata lapan daripada 10 kes kaunseling rumah tangga yang pernah dirujuk kepadanya, isu kecurangan suami menjadi punca punca masalah dalam setiap perhubungan.

Katanya, daripada jumlah itu hanya dua kes sahaja membabitkan kecurangan isteri.

Memang sakit dan perit jika perkara begini berlaku kepada diri, namun sebagai wanita, kita perlu kuat apabila berhadapan dengan situasi begini. 

Berikut adalah cara bagaimana untuk wanita berhadapan dengan pasangan curang:

1. Bersemuka

adab menegur suami isteri

Kredit gambar: 123RF.com

Apabila suami sah berlaku curang di belakang anda, kumpul kekuatan untuk berhadapan dengannya secara bijaksana. Memendam rasa berseorangan tidak akan menyelesaikan apa-apa, malahan makin membebankan jika tidak diluahkan. Ketepikan emosi dan cuba bersikap rasional. Cara untuk bersemuka itu bergantung pada anda, namun harus diingatkan supaya anda kekal setenang mungkin.

2. Jangan salahkan diri

Gambar: Arkib Hijab & Heels

Hal paling penting dalam isu kecurangan, jangan sesekali pindahkan kesalahan ke bahu sendiri. Ramai lelaki yang curang, mula mencari jalan selamat dengan menyalahkan pasangan mereka. Mungkin benar pasangan ada kekurangan, namun semua itu bukan lesen untuk berlaku curang.

3. Maaf atau tidak?

suami curang

Gambar: Arkib Hijab & Heels

Apabila pasangan anda ‘kantoi’ berlaku curang, senang sahaja untuk dia mengatakan apa yang berlaku adalah satu kesilapan dan menyesali perbuatan berkenaan. Tapi adakah si dia betul-betul memaksudkannya? Kalau benar, anda mungkin boleh meneruskan kehidupan dan melupakan kejadian hitam itu pernah terjadi.

Bagaimanapun, ramai yang susah memberi kepercayaan setelah dikhianati untuk pertama kali. Tanya diri sendiri jika anda masih mahu meneruskan perhubungan. Berterus-terang pada pasangan adalah lebih baik daripada terus menyakiti perasaan sendiri.

4. Tetapkan peraturan

Foto: Manna Express Online

Jikalau isu kepercayaan berterusan, tetapkan peraturan antara anda dengan si dia. Contohnya, dia tidak boleh menyimpan nombor atau membuat sebarang komunikasi dengan wanita lain tanpa pengetahuan anda.

Bukan bermakna mengongkong, tetapi itu adalah komitmen yang perlu dilunas dek kesilapannya berlaku curang sebelum ini. Cara begini juga adalah antara alternatif yang dilakukan untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 24 Nov 2022
Featured Sun, 28 Jan 2024
Featured Tue, 23 May 2023

Pilih Bidang Seni Untuk Ekspresi Diri, Arena Wan Hidap Penyakit DLD – “Saya Kena Baca Sepuluh Kali…”

Setiap orang ada kelemahan dan kelebihan masing-masing, fly high Arena!

Featured Tue, 30 Nov 2021

Sepandai-Pandai Tupai Melompat… Cubaan Remaja 14 Tahun Mencuri Dikantoikan, Rupanya Tuan Rumah Pegawai Polis!

Seorang pengguna Facebook berkongsi pengalamannya berhadapan dengan seorang perompak yang telah cuba memasuki rumahnya pada jam 4:30 pagi pada Ahad di kediamannya di Taman Sri Telok Emas, Melaka. Menerusi perkongsiannya di bawah nama pengguna Nurul […]

Featured Thu, 3 Jun 2021

Sistem Kesihatan Mungkin Lumpuh Sepenuhnya Menjelang 5 Jun

Sistem perkhidmatan kesihatan negara boleh lumpuh menjelang 5 Jun ini sekiranya sekatan pergerakan menyeluruh tidak dilakukan. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, ia unjuran situasi terburuk di Malaysia memandangkan kadar jangkitan harian semakin […]

Featured Thu, 15 Jul 2021

Lockdown Tidak Gagal Sepenuhnya, Varian Baru Delta Paling Bahaya Ragut Beribu Nyawa

Kes baru COVID-19 di Malaysia hari ini mencatatkan sebanyak 13, 215 kes sekaligus menjadi antara kes tertinggi pernah dicatatkan di negara ini. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah, antara […]

Featured Thu, 4 Jul 2019

Meghan Markle amalkan rutin senaman santai selepas bersalin

Ringkas sahaja, tetapi sangat bermanfaat!