Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 28, 2024 @ 10:00pm

[VIDEO] “Dah Jumpa 2 Lagi 5” – Lawak! Cik B Kongsi Video Penyokong Korea Mirip Wajah DSV

Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV)  iaitu Cik B mencuri perhatian selepas berkongsi sepotong video pendek memaparkan salah seorang penyokong bola sepak Korea yang hadir pada perlawanan terakhir Kumpulan E Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, Qatar baru-baru ini.

Menerusi perkongsian yang tular di TikTok, Cik B kelihatan terkejut apabila wajah individu berkenaan menyerupai wajah ibunya.

“Mama, kenapa mama sokong Korea? Kenapa tak sokong Malaysia?

“Takpelah Mama, Cik B orang Malaysia sokong Malaysia bukan sokong Korea. “ulasnya.

Bagaimanapun, video berdurasi 33 saat itu menunjukkan DSV kelihatan keliru dan tidak tahu apa yang cuba disampaikan oleh anaknya itu sehinggalah dia melihat wajah individu tersebut.

“Macam mama tapi versi tembam,”katanya.

Setakat ini video berkenaan telahpun meraih lebih 5 juta tontonan dan meraih lebih 500,000 tanda suka dan lebih 11,000 komen sejak ia dimuat naik pada Sabtu.

Menjengah ke ruangan balas berkenaan, rata-rata dalam kalangan warganet terhibur dengan perkongsian tersebut.

Malah, ramai yang memuji sikap DSV yang sentiasa berfikiran terbuka dan melayan karenah anak-anaknya.

“Sporting lah DSV, terim akasih hiburkan rakyat Malaysia.

“Berapa ramailah kembar DSV ye.

“Hahaha, Cik B je yang boleh bahan mak dia  dengan tenang.

“Ternyata kembar DSV semua orang luar.

“Penatlah gelak! Cik B dengan mama dia kelakar okay!,”komen netizen.

Sebelum ini, usahawan kosmetik itu pernah mengundang kontroversi apabila seorang wanita berpakaian sami buddha dikenali sebagai Bulent Ersoy dan salah seorang peserta lari pecut berasal dari Perancis bernama Cindy Billaud memiliki raut wajah sama sepertinya.

@cikb_havoc #stitch with @bie’lan@Loso i can confirm that it’s not her😭 @QU PUTEH BARULAH PUTEH #viral #fyp #joke ♬ original sound – cikb_havoc66

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 15 Feb 2026

Enggan Menipu, Anna Jobling Utamakan Kejujuran

Anna Jobling menjadi pilihan pelbagai jenama.

Hiburan Sun, 30 Jul 2023

Bertarung Dengan Kanser Ovari, Ibu Ubai MZ Meninggal Dunia

Al-fatihah.. Salam takziah Ubai sekeluarga 🥹

Hiburan Tue, 20 Mar 2018

Tak Sengaja Sebar Gambar, Jurusolek Minta Maaf

Saya tidak tahu menahu mengenai kenyataan suami Siti yang mana mereka bakal berkongsi wajah anak selepas tujuh hari kelahiran.

Featured Wed, 12 Feb 2025

Buka Aib & Berci*m Didepan Khalayak, Netizen Dakwa Zarina Anjoulie Mabuk?

Tindakan Anju bertindak kurang sopan di media sosial mengejutkan ramai pihak.

Featured Fri, 23 Dec 2022

Kongsi Video Kemas Bilik Belajar, Ramai Jadikan Intan Najuwa Sebagai Inspirasi

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di TikTok yang menunjukkan pelakon Intan Najuwa sedang mengemas bilik belajarnya. Menerusi hantaran tersebut, Intan sedang mengemas segala buku-buku belajarnya dalam keadaan tersusun. Namun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah […]

Featured Wed, 9 Jul 2025

“Semua Lari Bertempiaran Macam Lipas Kena Spray” – Uyaina Arshad

Uyaina tampil mendedahkan netizen kaki buli akhirnya padam komen.

Hiburan Mon, 4 Apr 2022
Hiburan Mon, 13 May 2019

Slash Tampil Single Berkonsepkan Religi?

Tak sabar rasanya nak dengar lagu terbaru dari kumpulan Slash!

error: Content is protected !!