Categories: Trending

Bosan Tak Dapat Menziarah Syawal Ini? Jom Tengok Banyak Filem Best di tonton CINEMA!

Pada tahun ini, sekali lagi kita menyambut kedatangan Syawal dengan suasana norma baharu.

Biarpun kemeriahan ziarah menziarah tidak dapat dirasakan, kehadiran Aidilfitri harus disambut dengan penuh kesyukuran dalam kesederhanaan!

Bosan duduk di rumah dan tak tahu nak buat apa Hari Raya ini? Ha, jangan risau!

Berita baik kepada semua penggemar drama dan filem tempatan, tonton CINEMA bakal memberikan akses tayangan percuma bermula 12 Mei hingga 1 Jun secara percuma hanya di https://cinema.tonton.com.my.

Caranya mudah sahaja! Ha, bagi anda yang mahu menikmati strim percuma kandungan yang disediakan, anda hanya perlu mendaftar akaun tonton CINEMA terlebih dahulu! Wah, senang je kan?

Bukan itu sahaja, tonton CINEMA juga akan menyiarkan telefilem terbaik raya secara berperingkat bermula 12 Mei!

Saksikan kembali telefilem Raya terbaik seperti Setia Hujung Nyawa Raya, Kampung Girl Raya, Hello Mr. Perfect Raya, Sebenarnya Saya Isteri Dia Raya, Din Sardin Beraya dan Cik Cinderella & Encik Tengku Raya.

Sementara itu, bermula hari ini, 19 Mei, sebanyak lima telefilem terbaik akan disiarkan khas untuk anda yang gemar menonton karya tempatan!

Antaranya Gerobok Raya, Baju Raya Kain Perca, Masihkah Ada Ray Buatku, Mak Tak Bagi Balik dan Abah Tak Balik Malam Raya.

Selain itu, pada 26 Mei pula, telefilem istimewa Syawal seperti Hantu Raya Balik Kampung, Pinggam Tak Retak Nasi Tak Dingin Raya, Mana Kuali Opah, Senarai Raya Papa dan Balik Raya Ke Kita pula boleh dinikmati tonton CINEMA!

tonton CINEMA mengumpulkan pelbagai kandungan drama dan filem tempatan terbaik di bawah satu platform!

Antara filem popular yang boleh disaksikan menerusi tonton CINEMA ialah KIL, Rock, Lebuhraya Ke Neraka, Mukhsin, Maria Mariana dan banyak lagi.

ARTIKEL BERKENAAN: Sewa Filem Serendah RM1, Ubah Rumah Anda Menjadi Pawagam Dengan ‘tonton CINEMA’

tonton CINEMA boleh disaksikan menerusi laman sesawang https://cinema.tonton.com.my dan aplikasi tonton yang boleh dimuat turun di App Store dan Play Store!

Padin