Categories: FeaturedTrending

“Demi Allah, Kami Tidak Bernikah” – Sijil Nikah Tular, Nora Jawab Dakwaan Kahwini Menteri

Berikutan tular di media sosial penyebaran sijil kahwinnya bersama Tan Sri Anuar Musa, Datuk Nora Ariffin tampil mengulas bahawa berita tersebut adalah palsu dan boleh mengundang fitnah.

“Demi Allah, saya dan Annuar tidak bernikah..saya sendiri tidak faham bagaimana ada pihak yang boleh buat tuduhan sedemikian. Sudah banyak kali saya nafi, Tan Sri juga sudah menafikannya, namun, masih ada yang tidak percaya.

Menurut Nora lagi beliau telah menerima lamaran seorang lelaki namun identiti lelaki tersebut perlu dirahsiakan terlebih dahulu.

“Disebabkan itu, saya fikir sudah sampai masanya saya umumkan bahawa saya ada menerima lamaran pernikahan dan sedang merancang ke arah majlis itu,” katanya.

Dalam pada itu, Nora berkata anak-anak serta keluarga sebelahnya dan Allahyarham Johan Nawawi turut merestui jika dia mahu berkahwin lagi.

“Ibu Abang Johan juga ada berpesan pada saya sebelum beliau meninggal dunia sekiranya ada lelaki yang mahu mahu melamarnya, terima saja.

“Alhamduliillah, berkat restu dan sokongan anak-anak serta keluarga, saya sudah bersedia menerima lamaran itu,” katanya.

Sumber: awani

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”