Trending By: Salma Syahbuddin September 24, 2018 @ 8:00pm

BTS Idola K-Pop Paling Panas Di Youtube?

Siapa agaknya yang tidak kenal dengan Kumpulan paling hot kat Korea ni kan? Terkenal menerusi lagu DNA, Fake Love, DOPE dan banyak lagi, Bangtan Boys atau Beyond The Scene (BTS) ini muncul sebagai kumpulan artis pertama yang mendapat lebih daripada 500 juta tontonan di Youtube sahaja. 

Sumber : Instagram @bts.bighitofficial

Kejayaan yang dikecapi oleh 7 anak muda ini menerusi video klip DNA yang telah dilancarkan pada awal tahun ini seterusnya menjadikan mereka antara Kumpulan K-Pop terbaik malah setanding dengan Kumpulan BigBang.

 

 
Malah menurut sumber daripada koreaboo, sejak muzik video DNA ini dilancarkan ianya telah mencipta beberapa sejarah termasuklah mendapat lebih 100 juta tontonan dalam tempoh 24 hari dan 5 bulan kemudian muzik video ini sahaja  telah ditonton sebanyak 300 juta kali. Malah, album ini juga turut menduduki tangga pertama carta penjualan album Billboard 200 di Amerika Syarikat. 
 
Wow! Agaknya bila lah turn kumpulan kat Malaysia ni nak popular macam diorang kan? Sama-sama kita doakan.
 
Apapun, untuk BTS Daebak!
 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 25 Sep 2022
Featured Thu, 26 Aug 2021
Featured Wed, 23 Nov 2022

Bakat & Rupa Harus Selari, Pelakon Baharu Muaz Zabir Masih Mencari Tapak Dalam Industri

Juara program Fit For Action TV3, Muaz Zabir atau nama sebenarnya Muaz Mohamad Zabir, mendedahkan masih banyak yang perlu dipelajari sebagai pendatang baharu dalam industri seni Menurut Muaz, dia mencuba sebaik mungkin untuk memberikan yang […]

Trending Fri, 26 Nov 2021

“Perlu Tahu Beza Kritikan & Hinaan” – Ini Respons Syamsul Yusof Mengenai Pengkritik Filem

“Semua orang boleh kritik, tapi kena ada ilmu. Perlu tahu bezakan kritikan dan hinaan,” begitulah kata-kata pelakon dan pengarah prolifik, Syamsul Yusof, 37, mengenai kehadiran pengkritik filem yang muncul menghangatkan industri hiburan tempatan. Mengalu-alukan kehadiran […]