Featured By: Nurul Hana July 2, 2023 @ 2:29pm

“Walaupun Masa Ni Dah 2 Malam Tak Mandi…” – Tidur Tepi Jalan, Alif Satar Kongsi Pengalaman Haji

Penyanyi dan pelakon terkenal Alif Satar atau nama penuhnya Muhammad Alif Mohd Satar berkongsi pengalaman dirinya ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji.

Menerusi hantaran di Instagram, Alif memuat naik gambar ketika semua orang dilihat sedang baring dan tidur di tepi jalan tanpa mengira status.

“Mengikut manasik haji Nabi SAW, kami semua jamak takhir maghrib isyak dan bermabit sampai solat subuh di Muzdalitah.

“Kat sini, tak kira lah bayar pakej ratus ribu ke, kau Tan sri ke artis yang orang sanjung ke, hatta Mufti sekalipun, semua orang tidur tepi jalan,” tulisnya.

Alif juga memberitahu pengalaman bermalam di Mina, Makkah membuatkan dirinya turut merasai pengalaman hidup seperti seorang gelandangan.

Penyanyi tersebut juga ada mengatakan ibadah haji mampu membuang sifat sombong dan takbur dalam diri.

“Bila aku fikir, rupanya macam ni lah rasa orang ‘homeless’. Tiada tempat mandi, pastu tengah-tengah malam korek tanah cari batu (nak prepare untuk melontar). Aku pasti, siapa datang buat haji insya-Allah rasa sombong takabbur tu mesti hilang.

“Wallahi, walaupun masa ni dah 2 malam tak mandi, tak pergi toilet, badan dah penat ditambah pula kekecohan bunyi dan bau asap ekzos bas, dengan berlapik kan sleeping bag beratapkan langit bintang, Allah bagi nikmat juga dapat aku tidur yang lena. Tak percaya? Zoom lah muka aku tu, tidur pun ada senyum,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluah rasa sebak melihat hantaran tersebut malah ada yang bersyukur melihat ramai artis yang berkongsi tentang ibadah haji.

“Perkongsian yang buat orang bertambah keinginan nak menunaikan haji. Masya-Allah! Thanks for sharing bro. May I have the same chance to experience this too, someday soon. Amin.

“For the first time tahun ni aku tengok ramai artis dan influencer share pasal hajji. Selama ni mak aku cerita aku tak dapat bayang (mak pergi tahun 2011) tapi tiap-tiap kali datangnya musim haji dia akan bercerita pengalaman dia kt sana,” tulis netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 17 Apr 2023

Isu Pecah Pasu RM400,000, Yana Samsudin Dedah Kejadian Sebenar… – “Saya Ada Bukti & Tak Bersalah!”

Haaa, Yana bukan tak mampu nak bayar. Korang pun janganlah serang dia 🫣

Featured Tue, 15 Aug 2023
Hiburan Tue, 14 Jan 2020
Hiburan Mon, 11 Feb 2019

Siti Elizad Masih Bahagia?

Sebagai peminat lebih elok jika kita doakan yang baik-baik sahaja

Hiburan Tue, 26 Feb 2019

5 Places to Watch Cherry Blossoms Bloom Aside from Japan

There are many other places you can watch Cherry Blossoms bloom aside from Japan!

Hiburan Tue, 7 May 2019

‘Bakal Suami Sediakan Rumah Untuk Anak’- Elly Mazlein Terharu Kesungguhan Si Dia

Sudah lama saya tak gembira macam ini. Alhamdulillah syukur kepada Allah atas hadiah ‘pelangi selepas mendung’ dalam cerita kehidupan saya beberapa tahun lepas…

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

Jenazah Ibu Mawi Selamat Dikebumikan

Jenazah ibu kepada Asmawi Ani, Ramlah Sarlan, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Taib Andak Kulai, Johor pada jam 11 pagi tadi. Terdahulu, Mawi telah mengimamkan solat jenazah di rumahnya di Teratak Bonda […]

Featured Tue, 2 May 2023
Featured Tue, 27 Apr 2021

Pelakon Dan Pelawak Lee Kwang Soo Tinggalkan Running Man Selepas 11 Tahun

Selebriti terkenal Korea, Lee Kwang Soo mengumumkan berita menyedihkan buat ramai peminat rancangan realiti, Running Man. Menerusi agensi Lee Kwang Soo, King Kong by Starship dalam satu kenyataan rasmi telah mengesahkan khabar angin bahawa bintangnya, […]