Categories: Trending

‘Bukan Neelofa Sahaja, Tetamu Pun’ – Isu Pelancaran Tudung Di Kelab Malam, Neelofa Boleh Didakwa

Neelofa boleh didakwa?? Fuhh!! Makin berat nampaknya isu Neelofa berkaitan majlis pelancaran tudungnya di kelab malam baru-baru ini! Walaupun Neelofa sudah meminta maaf, tetapi isu ini masih dibangkitkan.

Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang, Neelofa boleh didakwa mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997), malah tetamu yang hadir pada majlis itu juga boleh berdepan dengan tindakan yang sama. 

Kalau korang nak tahu, Neelofa boleh didakwa kerana majlis perlancaran tersebut boleh menyebabkan agama Islam dipandang hina. Ditambah pula ada tetamu yang berhijab tetapi berjoget tanpa menghiraukan sensitiviti agama. 

Menurut Musa Awang, Seksyen 7  Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997), mana-mana orang secara lisan, bertulis atau sebarang cara lain menghina agama Islam atau menyebabkan ia dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam; adalah melakukan kesalahan dan jika sabit kesalahan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Takutnya dengar kan? Tapi itu lah realitinya yang perlu Neelofa hadapi. Isu sebegini harus dijadikan teladan bagi artis-artis lain mahupun masyarakat supaya tidak melakukan perkara yang sama. Sebelum membuat sesuatu mesti kena fikir baik buruk daripada semua aspek terutamanya agama!

Sumber: Harian Metro

tex_admin