Categories: Trending

“Bukan Sahaja Kualiti, Orang Melihat Populariti” – Penerbit LCK2 Dedah Motif Sebenar Rancangan…

Pentas akhir Lagu Cinta Kita 2 bakal berlangsung pada 3 Januari ini, pastinya ramai tidak sabar menantikan kejutan yang bakal dilakukan oleh para peserta.

Sepanjang berlangsungnya LCK2, rancangan realiti ini sentiasa berjaya menjadi sebutan netizen sehingga trending di Twitter. Bukan sahaja kemunculan Azwan Ali menjadi bualan orang ramai, malah mutu  rancangan turut dipuji netizen.

Ditanya sekiranya ada matlamat atau peracangan untuk para peserta LCK 2 selepas ini, penerbit rancangan Sufian Isa menjelaskan, 

” Persaingan antara rancangan realiti sekarang berbeza dengan dahulu. Sekarang, orang bukan sahaja melihat kualiti tetapi populariti rancangan”.

“Kami berharap selepas ini para peserta kami akan kekal sebagai pasangan duet kerana industri hiburan kita sendiri kekurangan pasangan duet”. 

Buat korang yang tak sabar nak saksikan pentas akhir LCK2, jangan lupa terus mengundi peserta kegemaran korang menerusi paparan QR Code pada skrin televisyen korang dan saksikan secara langsung Lagu Cinta Kita 2 pada minggu hadapan, Hari Ahad, jam 9 malam hanya di TV3 dan ianya juga boleh di strim secara LIVE HD di  www.tonton.com.my

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”