Kemudahan i-Sinar kini dibuka kepada semua ahli KWSP yang terjejas pendapatan akibat Covid-19 dengan permohonan dalam talian bermula hari ini.
Kriteria kelayakan bagi Kategori 1 membabitkan ahli yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji
“Bagi kategori ini tiada dokumen sokongan diperlukan; kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP dan ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.
ARTIKEL BERKAITAN : Syarat Layak Mohon i-Sinar, Pengurangan Sehingga 30 Peratus
Berikut merupakan langkah-langkah untuk membuat permohonan i-Sinar yang telah dikongsikan menerusi portal rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan menerusi muat naik pengguna Facebook Syima Rifqi Aisy
Pastikan semua maklumat yang diisi adalah betul dan TIDAK terdapat sebarang masalah berlaku. Sekiranya terdapat keraguan, bolehlah terus ke kaunter atau kiosk KWSP.
Bagi pemohon yang mempunyai i-Akaun, anda boleh membuat permohonan dengan lebih mudah melalui Aplikasi tersebut.
Manakala, bagi pemohon baharu pula, anda bolehlah ikuti langkah dibawah ini;
ATAU lebih mudah, anda boleh scan sahaja QR kod yang disediakan.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai i-Sinar, boleh lah menghubungi talian 03-8922 4848 bermula jam 8 pagi sehingga 8 malam, pada setiap Isnin hingga Jumaat.
ARTIKEL BERKAITAN : Pencarum KWSP Bagi Akaun 1 i-Sinar Diminta Waspada Aktiviti ‘Scam’
ARTIKEL BERKAITAN : KWSP i-Sinar: Boleh Mohon Mulai 21 Disember, Dibuka Kepada Semua Ahli Terjejas
Sumber : Facebook, KWSP
Tak baik hina pekerjaan orang. Itukan rezeki 🙄
Ubai MZ kurang senang dengan tindakan bekas suami kepada Shila Amzah iaitu, Haris Edraki Elias.
Hurmmm, apa pendapat korang? Maafkan ke tidak...
Memang ramai betul CCTV Sarah Yasmine ek😅
Ezzanie memegang watak Shahidah dalam Kuih Muah.