Categories: Trending

Laluan Simpang Renggam Ditutup Empat Bulan Mulai Hari Ini

Lorong kanan di antara Simpang Renggam dan Sedenak, Johor di KM50.15 hingga KM46.5 Lebuh Raya Utara Selatan akan ditutup selama empat bulan  bermula 11 pagi hari ini sehingga 4 April 2021.

Menurut PLUS Malaysia Berhad (PLUS), penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja menaiktaraf penghadang jalan besi di bahagian tengah lebuh raya yang akan digantikan dengan tembok penghadang konkrit.

Ianya bertujuan untuk mengelakkan insiden kenderaan berat terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

Justeru itu, trafik di laluan terbabit akan dilencongkan ke lorong kiri dan lorong kecemasan. Dan, semua pengguna jalan raya yang menghala ke selatan dinasihatkan supaya merancang perjalanan.

Pengguna juga dinasihatkan untuk menggunakan aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini.

Sumber : PLUS

Salma Syahbuddin