Categories: Trending

Varian Baru Virus Covid-19 Semakin Merebak, Negara Eropah Sekat Rentas Negara Ke UK

Dalam satu laporan terkini, United Kingdom telah melaporkan  mutasi baharu virus COVID-19 yang dikenali sebagai VUI-202012/01. 

Mutasi itu telah menyebabkan virus lebih mudah berjangkit antara individu.

Justeru, negara-negera Eropah seperti Itali, Belanda dan Belgium  kini mengumumkan  larangan penerbangan masuk/keluar dari UK.

Malah, Negara Jerman juga turut mempertimbangkan untuk melakukan sekatan yang sama. 

Terbaru, Negara Perancis, Kanada, Bulgaria, Ireland dan Sepanyol turut mengambil langkah yang sama dengan menyekat penerbangan dalam dan luar negara ke UK. 

Keadaan ini adalah reaksi pantas dari negara – negara Eropah selepas pendedahan bahawa mutasi terbaharu tersebut disifatkan “out of control”. 

Batasan perjalanan ini akan dikaji  selaras perkembangan berkaitan Coronavirus. 
Sumber: The Telegraph

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”