Categories: Trending

Tiada Potongan Bekalan Elektrik Mulai 1 Januari, Walaupun…

Memahami penderitaan rakyat dalam berdepan dengan masalah ekonomi yang membebankan, kerajaan memutuskan tidak akan memotong bekalan elektrik terhadap pengguna domestik yang mempunyai tunggakan bil kurang daripada enam bulan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata arahan itu berkuat kuasa pada 1 Januari hingga 31 Mac 2021.

Menurutnya, inisiatif itu mendapat kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sabah Electricity Sdn Bhd.

“Saya percaya melalui inisiatif ini, sejumlah 6.94 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia dan lebih kurang 500,000 di Sabah akan menerima manfaat daripada inisiatif ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli di sini pada Isnin.


Sumber : Awani

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”