Categories: Trending

Cetusan Inspirasi Daripada Tragedi Hitam , Lagu Ini Kembali Menghantui Peminat

Suatu ketika dahulu, lagu yang menceritakan detik bersejarah dan tragedi hitam ini sering berkumandang di corong radio dan menghantui para pendengarnya.

Video muziknya diinspirasikan dari kisah benar kejadian pertempuran di Somalia yang lebih dikenali sebagai insiden ‘Black Hawk Down’ pada tahun 1993 yang mengorbankan nyawa seorang rejimen askar, Allahyarham Koperal Mat Aznan Awang.

Bersempena dengan pelancaran kampen tabung pahlawan, lagu yang menceritakan detik sejarah hitam ini akan kembali dinyanyikan oleh penyanyi tersohor, Ning Baizura.

Diterbitkan oleh Primeworks Studio, Perwira’ boleh didengari di semua pelantar digital termasuk Spotify, Joox, Apple Music, KKBox, Deezer dan YouTube Music bermula 17 Julai 2020.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”