Trending By: SGMS Putri January 31, 2018 @ 8:01am

Cikgu-Cikgu Dah Tuntut Pencen ke Belum?

Cikgu, awak kat mana? Awak awak kat mana? Panggilan untuk semua pesara guru di Malaysia! Ini kerana kira-kira RM13.6 juta dalam tabung pencen pesara guru masih belum dituntut sejak 2007. Fuh, banyak tu! 

Kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) Zahirudin Mohammad Hanif, pihaknya sedang ‘mengesan’ seramai 1,910 guru kerajaan yang membuat potongan caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Guru-Guru (KWSG) antara 1950 dan 2004.

“ YGTHO gagal mengesan individu berkenaan kerana tidak dapat ditemui di alamat terakhir yang diketahui dan butiran peribadi tidak dikemas kini,” beritahunya kepada akhbar The New Straits Times.

KWSG yang bermula pada 1962 digantikan dengan YGTHO pada 2015. Terdapat wang yang tidak dituntut oleh pencarum yang tidak bertukar dari skim itu kepada pilihan persaraan baharu yang diperkenalkan pada 1972.

Sementara sesetengah ahli KWSG masih ingat untuk menuntut caruman mereka, seramai 1,910 masih belum berbuat demikian, kata Zahirudin.

Beliau berkata waris kepada pencarum yang sudah meninggal dunia diminta tampil membuat tuntutan caruman dengan mengemukakan dokumen sokongan . “Dokumen itu perlu disahkan oleh penjawat awam Gred A atau ketua kampung,” katanya dipetik sebagai berkata.

Sumber: The Malaysian Insight

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 19 Aug 2021
Hiburan Wed, 29 Jun 2022

“Benda Itu Automatik” – Aksi Berpimpin Tangan Wanita, MK K-Clique Akui Tidak Sengaja

MK K-Clique tidak sengaja berpimpin tangan dengan wanita dikenali Hajar Siti.

Hiburan Tue, 16 Jul 2024

“Tutup Pintu Hatiku & Ku Buang Rasa Cinta Terhadap Manusia”- Bekas Isteri Pertama Datuk Red

Semoga Allah beri kekuatan kepada Datuk Red dan bekas isteri pertamanya ❤️

Featured Thu, 16 Dec 2021

Undang Sebak Netizen… Isteri Excited Sambut Suami Balik Kerja Dengan Kek Birthday, Tapi Tak Dilayan!

Berkahwin dan hidup bahagia selamanya adalah harapan setiap pasangan apabila ikatan suci sebagai suami isteri dilafazkan. Sudah tentu setiap daripada kita mengimpikan kehidupan bahagia tanpa adanya perselisihan faham yang boleh membawa kepada perceraian. Namun berbeza […]