Featured By: Ad Ops March 6, 2019 @ 12:00pm

Cinta pasangan China-Malaysia ini berputik melalui laman Friendster, bacalah kisah romantik mereka!

Dengan adanya Internet dan teknologi yang kini serba maju dan pantas, anda bukan sahaja berpeluang untuk berkenalan dengan sesiapa sahaja di dunia ini.

Ramai yang menggunakan platform berkenaan untuk mencari cinta! Ada yang berjaya, ada yang tidak.

Bagaimanapun, pasangan yang bertuah tadi pasti telah melalui kisah yang menarik dalam misi mereka itu. Maklumlah, ‘teknik’ yang mereka gunakan bukannya konvensional.

Contoh terbaik dalam hal ini ialah Yang Xiaolan, 28, seorang pelajar dari China yang telah melanjutkan pengajiannya di Malaysia, menurut laporan China Press.

10 tahun lalu, dia berkenalan dengan Shakolin, seorang warganegara Malaysia, melalui Friendster, iaitu sebuah laman media sosial yang popular ketika itu.

Shakolin pula bukannya berada di Malaysia tetapi sedang meneruskan pengajiannya di Syria. Walaupun tidak pernah bersemuka, mereka terus klik dan sering bersembang di atas talian.

Setelah setahun berlalu, Shakolin pulang dari Syria dan akhirnya bertemu dengan Xiaolan buat pertama kali. Persahabatan mereka lama-lama berputik menjadi cinta.

Foto: www.redants.sg

Walaupun berbeza budaya dan warganegara, Shakolin dan Xiaolan menjalinkan hubungan cinta yang indah.

Mereka bertunang tidak lama selepas majlis graduasi Xiaolan dan empat tahun kemudiannya, mereka melangsungkan majlis perkahwinan di Malaysia, dan di Xi’an, China. Kini pasangan molek ini sudahpun mempunyai seorang anak perempuan yang comel.

Yang menariknya, Shakolin ialah anak lelaki kepada bekas menteri besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin, yang memegang jawatan itu dari 2009 ke 2013. Walaupun Xiaolan tahu, dia tidak berminat langsung dalam politik.

Keluarga Xiaolan beragama Hui Muslim jadi tiada bantahan daripada kedua-dua buah keluarga dan semuanya berjalan dengan lancar.

Foto: 红蚂蚁

Pada mulanya, mereka berdua bertutur di dalam Bahasa Inggeris tetapi lama-kelamaan, Xiaolan mengajar Shakolin Bahasa Mandarin manakala Shakolin mengajar Xiaolan Bahasa Malaysia pula.

Walaupun mereka tidak mengalami sebarang masalah komunikasi, Shakolin mempunyai pengalaman menarik mengenai penggunaan Bahasa Mandarinnya.

Contohnya, dia mengikuti Xiaolan pulang untuk berjumpa dengan keluarganya di China. Nenek Xiaolan bertanya, “Bagaimana rupa cuaca di Malaysia?”

Dengan yakinnya, Shakolin menjawab, “Baru-baru ini sering hujan,” tetapi dia tersilap menyebut ‘yu’ (yang bermaksud hujan) dan sebaliknya menyebut ‘you’ (yang bermaksud minyak)!

Nenek Xiaolan langsung bingung apabila Shakolin berkata, “Baru-baru ini kita sering mendapat minyak.”

Foto: 红蚂蚁

Kini walaupun mereka sudah lama mendirikan rumah tangga, tali percintaan mereka masih kukuh dan manis seperti dahulu selain mereka juga berperangai seperti pasangan cinta yang baru mula menjalinkan hubungan.

Ketika ditemu bual mengenai suaminya, Xiaolan hanya luahkan kata-kata pujian.

Dia juga menceritakan yang Shakolin biasanya pulang terus ke rumah setelah habis bekerja. Suatu hari, Xiaolan bertanya kenapa dia tidak meluangkan masa dengan kawan-kawannya untuk menghilangkan tekanan.

Menurut Shakolin, dia tidak menggemari aktiviti itu. Sebaliknya dia memilih menghabuskan masa denga isteri tercinta dan anak kesayangan mereka. Wah, manisnya!

Xiaolin berkata lagi, dari segi penilaian suami terbaik, dia memberikan Shakolin markah sebanyak 98 peratus. Eh, mana perginya dua markah lagi?

Rupa-rupanya ketika Shakolin masih belajar di Syria, dia berjanji kepada Xiaolan yang dia akan masak dan menyediakan hidangan untuk mereka sekeluarga.

Tetapi selepas berkahwin, jarang-jarang sekali Shakolin tolong masak!

 

Sumber: World Of Buzz, China Press

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 8 May 2021

Berikut Adalah Senarai 9 Sekatan Jalan Raya Di Ibu Negara

Korang boleh tengok jalan mana yang kena roadblocks okay!

Featured Wed, 8 Nov 2023

Warganet Puji Kecantikan Tapi Dakwa Isteri Haqiem Rusli Buat Content Macam ‘Rempit’

Betul jugak apa netizen kata tu. Jadikan iktibar!❤️

Hiburan Fri, 14 Jun 2024

Han Byul Bertemu Jodoh Di Malaysia

Oppa Han ada lagu baru lah!!!!

Trending Thu, 4 Jun 2020
Hiburan Sun, 14 Jan 2024

Nak Elak Sakit Hati Berlakon Di Set Penggambaran, Umie Aida Perlu Teliti Naskhah – “Saya Tak Suka Pelakon Main-Main, Don’t Waste My Time!”

“Kalau dah rasa popular, gunakan nama tu untuk kebaikan bukan untuk mematikan dalam hanyutan pujian,” – Umie Aida

Trending Fri, 12 Feb 2021

“Welcome To The World Baby L” – Lara Alana Dah Jadi Kakak, Scha Alyahya & Awal Ashaari Sambut Kelahiran Baby Girl!

Pelakon dan pengacara popular, Scha Alyahya selamat melahirkan anak perempuan pada jam 9.15 pagi tadi. Berita gembira terbabit dikongsikan oleh Scha menerusi hantaran terbaru di laman Instagram miliknya. “Kami sekelurga memanjatkan syukur kehadarat Allah SWT […]

Trending Thu, 1 Jul 2021

Sebanyak 1,738 Kes Bunuh Diri Dicatatkan Di Malaysia

Ingatlah orang yang tersayang♡✌