Categories: Trending

Comelnya Fatima… Akhirnya Fazura & Fattah Kongsi Foto Wajah Baby Girl!

Pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura berkongsi foto wajah anak pertama mereka, Nur Fatima Aisya kepada peminat bersempena tahun baharu 2021.

Foto bayi comel yang berusia dua bulan itu mula dikongsi pasangan berkenaan menerusi akaun Instagram pada jam 12 tengah malam tadi.

“Selamat Tahun Baharu 2021. Salam Sayang. Fattah, Fazura dan Fatima,” tulis mereka di ruangan kapsyen.

Selain itu, Fazura turut berkongsi foto berdua bersama Fatima dengan kapsyen, “Me and my mini me.”

Fazura selamat melahirkan Fatima pada 2 Oktober 2020 selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan Fattah.

Ketika itu, mereka memohon sedikit masa sebelum mendedahkan foto wajah Fatima untuk tatapan umum sehingga tiba waktu yang sesuai.

Padin