Categories: Trending

Sudah Terima Suntikan Vaksin Covid-19, Dr Amalina Kongsi Fakta Yang Ramai Tak Tahu

Wah, beruntungnya Dr Amalina Che Bakri!
Siapa yang tidak kenal Dr. Amalina, antara individu yang berpengaruh di Malaysia. Kejayaan Dr Amalina yang mengharumkan nama Malaysia sentiasa menjadi sebutan ramai.


Terbaru, Dr Amalina yang kini bertugas di London sebagai doktor pakar telah menerima suntikan pertama Pfizer, vaksin Covid-19.

Dalam hantaran di laman Instagram, Dr Amalina turut menjelaskan mengenai fakta vaksin Covid-19 antaranya ialah :

  1. Vaksin yang dihasilkan telah mengikut protokol keselamatan seperti biasa, termasuklah ujian klinikal fasa 1-3.
  2. Vaksin COVID-19 tidak akan membuat penerima vaksin dijangkiti virus tersebut.
  3. Mendapatkan vaksin boleh membantu mencegah jangkitan COVID-19.
  4. Mendapatkan vaksin mRNA tidak akan mengubah DNA si penerima.
  5. Mereka yang mempunyai COVID-19 masih boleh mendapat manfaat daripada suntikan vaksin.
  6. Wanita hamil atau ibu menyusu dibenarkan untuk mendapatkan vaksin, namun perlu berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

Beliau turut menasihati  orang ramai untuk terus menjaga diri berikutan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak dan meluahkan harapan semoga tahun 2021 menjadi tahun yang terbaik buat ramai orang. 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”