Categories: Trending

COVID-19: 1 Kematian, 170 Kes Positif Hari Ini

170 kes positif telah dicatatkan pada hari ini dan terdapat satu kematian yang dilaporkan berkaitan dengan jangkitan Covid-19.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi sidang media harian Covid-19, pertambahan ini menjadikan jumlah kes kematian akibat jangkitan Covid-19 menjadi 63 kes.

Secara keseluruhan, terdapat 3963 kes yang terkumpul setakat ini di Malaysia. Daripada jumlah itu, seramai 92 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk 50 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dr Noor Hisham juga menjelaskan  kes kematian ke-63 (kes ke-3794) merupakan lelaki tempatan berusia 71 tahun yang berasal daripada Perlis.

“Pesakit mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan keagamaan di Sulawesi, Indonesia pada 17 hingga 24 Mac lalu. Beliau dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, Johor pada 5 April dan disahkan meninggal dunia pada 6 April jam 11.00 malam,”  ujarnya.

Dalam masa yang sama, sebanyak 80 pesakit dibenarkan keluar wad hari ini dan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh telah menjadi 1321 setakat ini.

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover