Categories: Trending

Covid-19 Dijangka Berakhir 14 Julai Ini- KKM

Dengan menolak kes import, kes warga asing di depoh tahanan dan warga asing dalam komuniti mendapati, Covid-19 akan berakhir pada 14 Julai depan.

Terus patuhi SOP!

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, perkara ini akan berlaku sekiranya rakyat terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Sumber : Google

Dan, unjuran kes harian melibatkan rakyat Malaysia adalah sejajar dengan apa yang diramal oleh Institut Kesihatan Negara (NIH), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ini sekaligus, menggambarkan impak positif tindakan yang telah diambil kerajaan selain pematuhan rakyat terhadap SOP.

Tahniah, rakyat Malaysia!

Sumber : Google

Pada sidang media harian itu juga, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sempat mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia kerana memberi kerjasama kepada kerajaan untuk menangani penularan Covid-19.

Malah, beliau juga memaklumkan kerajaan juga telah membenarkan pembukaan sektor ekonomi secara terkawal dengan pelbagai SOP diperkenalkan.

Apapun, semoga berita gembira ini menjadi pemangkin buat semua rakyat Malaysia agar peka dan berdisiplin dalam mematuhi SOP.

Salma Syahbuddin