Categories: Trending

[TERKINI] DBKL Beku Lesen Minuman Keras

Pembekuan permohonan baharu lesen minuman keras di sekitar ibu kota dikuatkuasakan serta merta oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mana-mana premis yang menjalankan aktiviti jualan minuman keras tanpa lesen. 

Ia susulan berlakunya beberapa kes nahas jalan raya membabitkan pemandu mabuk sehingga ada yang mengakibatkan kematian.

Sebelum ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin pada hari ini juga berkata pihak kerajaan akan fokus kepada memperkasakan undang-undang dan hukuman mesti juga dinilai semula

Semoga dengan tindakan ini dapat memberikan keadilan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dan hukuman berat diberikan kepada pemandu mabuk.

Baca Juga: Isu Maut Dilanggar Pemandu Mabuk, Kerajaan Sedia Beku Pengeluaran Lesen Jual Arak

Sumber: Harian Metro

Syafiqa Irdina