Categories: Trending

Kini Laluan Masuk Ke Sabah Sudah Mula Dibuka

Hari ini, Sabah mula membenarkan kemasukan ke negeri itu menerusi semua laluannya.

Kebenaran sah untuk golongan ini

Kebenaran itu sah untuk semua penjawat awam, pekerja sektor swasta, warga Malaysia termasuk rakyat Sabah yang berada di Semenanjung, Sarawak dan juga Labuan.

Kebenaran tersebut dinyatakan sendiri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sumber : Facebook

Malah, kerajaan negeri Sabah juga bersetuju untuk mengecualikan mereka daripada menjalani kuarantin sebaik sahaja tiba di negeri ini.

Boleh masuk ke Sabah dengan syarat berikut

Sumber : Google

Kerajaan negeri juga bersetuju mengecualikan mereka daripada menjalani kuarantin sebaik masuk ke negeri Sabah dengan syarat, telah melakukan ujian COVID-19 di tempat atau negeri masing-masing dalam tempoh tiga hari sebelum masuk ke Sabah serta disahkan negatif.

” Surat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hendaklah dikemukakan setiba sahaja di negeri ini,”

Sumber : Google

Selain itu, semua warganegara Malaysia dari Semenanjung, Sarawak dan Labuan ke Sabah untuk menginap di hotel-hotel yang telah beroperasi sejak 10 Mei lalu.

” Bagi maksud warganegara bukan rakyat Sabah dan pelancong diwajibkan untuk mengemukakan pas kerja dan pas-pas lain yang masih sah ketika tiba di negeri ini,” Jelasnya.

Wah, pastinya ini berita gembira buat semua warga Sabah terutamanya yang bekerja di Semenanjung. Apalagi bila mereka terpaksa membatalkan niat balik ke kampung bertemu keluarga tersayang sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Salma Syahbuddin