Trending By: Aisyah Badrul March 21, 2020 @ 9:00am

COVID-19: Jakarta Isytihar Darurat 14 Hari

Gabenor Daerah Khusus Indonesia (DKI) Jakarta, Anies Baswedan telah mengisytiharkan darurat selama 14 hari bagi ibu negara Republik itu ekoran ancaman wabak Covid-19. Perintah darurat ini telah disampaikan sendiri oleh beliau menerusi sebuah sidang media di Balai Kota pada 20 Mac (Jumaat). 

Menurut Anies, pengistiharaan darurat ini telah berkuatkuasa bermula hari Jumaat (20 Mac) dan berkemungkinan akan dilanjutkan mengikut kondisi semasa. 

Kredit foto: cnn Indonesia

“Maka dengan ini Jakarta diisytihar darurat atas bencana Covid-19. Tempoh waktu selama 14 hari dan boleh dilanjutkan mengikut keadaan,” ujarnya menerusi sidang media yang bersiaran di laman Youtube. 

Ujar beliau lagi, pengisytiharaan darurat ini menandakan seluruh bahagian pemerintah wilayah DKI Jakarta perlu bekerjasama dengan pihak Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan Polisi Republik Indonesia (POLRI).

Sementara itu, beliau juga menggesa syarikat-syarikat di Jakarta supaya  membenarkan pekerja bekerja dari rumah sepanjang tempoh darurat ini. Tempat-tempat hiburan seperti bar,spa, dan panggung wayang akan ditutup bermula hari Isnin(23 Mac) dan pengangkutan awam akan dihadkan.  

“Pasukan perubatan kami di seluruh Jakarta kini berdepan dengan jumlah pesakit yang ramai. Keupayaan kami untuk bertindak balas ada hadnya kerana jumlah hospital dan kakitangan tidak selaras dengan jumlah kes yang semakin meningkat,” 

Beliau juga akan menyediakan bantuan untuk pekerja yang bergantung kepada gaji harian.

Setakat ini, negara Indonesia telah mencatatkan 369 kes Covid-19 dengan 32 kematian. Daerah Jakarta yang mempunyai 10 juta penduduk mencatat 215 kes positif dan 18 kematian. 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 Aug 2022
Trending Wed, 15 Jul 2020
Trending Wed, 21 Jul 2021

Keberkesanan Vaksin Sinovac & Pfizer Adalah Sama – Dr Noor Hisham

so, jangan was-was k! Kita sama-sama ikhtiar♡

Hiburan Wed, 25 Oct 2023

Mona Allen Tak Setuju Berhimpun Ramai-Ramai Tunjuk Solidariti Free Palestine? – “Nothing Changed, Hanya Buang Masa”

Hmm apa maksud Mona Allen tu? Mari kita sesama mendoakan saudara-saudara disana