Categories: Trending

Daftar BPR Sebelum Hujung Januari 2021

Pendaftaran baharu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka sebelum hujung Januari 2021. 

Ini bagi memberi peluang kepada mereka yang layak tetapi belum mendaftar untuk memohon BPR, katanya pada satu sidang media, di Kuala Lumpur, hari ini.

Baca artikel berkaitan : BPR 2021: Senarai Jumlah Bantuan Pendapatan Bagi Setiap Isi Rumah

BPR, dengan peruntukan RM6.5 bilion akan memanfaatkan 8.1 juta orang berbanding Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan peruntukan RM5 bilion dan memanfaatkan 4.3 juta rakyat Malaysia.

Bayaran BPR akan dibuat dua kali dengan yang pertama sebelum Hari Raya 2021, kata Pengarah Belanjawan Negara Johan Mahmood Merican.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Belanjawan 2021 mengumumkan BSH diganti kepada BPR yang diperluas dan ditambahbaik.

Sumber: Harian Metro

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”