Categories: Trending

Daftar Lokasi Kenduri Kahwin Guna Aplikasi MySejahtera, Ini Cara Mudah Korang Boleh Try!

Selepas kerajaan membenarkan penganjuran kenduri kahwin dengan bilangan tetamu jemputan adalah seramai 250 orang, dan majlis yang berlangsung mematuhi SOP yang telah ditetapkan, ramai nampaknya yang mengambil keputusan untuk melangsungkan perkahwinan walaupun masih berada di fasa PKPP.

Selain SOP yang wajib dipatuhi, pendaftaran mySejahtera serta pengambilan suhu sebelum memasuki sesuatu tempat atau lokasi adalah amat digalakkan.

Jadi, bagi korang yang ingin mengadakan kenduri kahwin, jom xtra kongsikan beberapa tips dan cara membuat QR code untuk majlis korang!

1.Muat naik aplikasi mySejahtera

2. Isikan nombor telefon bagi tujuan pendaftaran

Selepas korang mengisi maklumat yang diperlukan, korang juga perlu menjawab soalan reCAPTCHA bertujuan untuk pengesahan identiti. Jangan skip okay!

3. Kod OTP

Opss, jangan lupa untuk masukkan juga no kod OTP yang dihantar ke nombor telefon korang yang sah. kejap je, hanya perlu tunggu 5 minit je.

4. Isi maklumat majlis korang!

5. Siap untuk diguna pakai

Setelah korang telah siap mengisi semua maklumat yang diperlukan. Korang hanya perlu menekan butang Send dan kod QR akan dihantar kepada anda.

Korang hanya perlu download dan print sahaja kod berkenaan untuk di scan oleh tetamu yang hadir ke majlis korang.

Bagaimanapun, mereka yang bergejala dinasihati agar tidak melanggar SOP ATAU hadir di majlis yang dihadiri ramai orang bagi memutuskan penularan wabak Covid-19.

Salma Syahbuddin