Categories: Trending

Netizen Takut Wujud Kluster Langkawi, Gara-Gara Lelaki Gelang Pink Ini

Kehadiran lelaki warga asing yang memakai gelang pink sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada Khamis ternyata mengundang tanda tanya dantimbul kerisauan dikalangan netizen.

Polis mengesan segera kehadiran lelaki gelang pink

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim polis segera mengesan lelaki berusia 64 tahun itu susulan menerima laporan daripada polis bantuan LTAL yang melihat kelibat warga asing itu di ruang legar.

” Terdahulu, lelaki warga Perancis itu dilaporkan tiba di LTAL dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki pesawat Malindo Air pada hari berkenaan.

“Siasatan mendapati lelaki itu menaiki pesawat Qatar Airways dari Paris semalam ke Doha, seterusnya ke KLIA menaiki pesawat yang sama dan tiba di KLIA pada 8.25 pagi tadi,” Katanya.

Lelaki gelang pink negatif Covid-19

Bagaimanapun, lelaki asing itu disaring oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan keputusannya negatif virus Covid-19.

Namun, beliau diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah selain perlu bertemu Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kedah pada 1 September ini dan menjalani ujian kedua Covid-19 pada hari berikutnya.

Beliau berkata, polis dan KKM Langkawi akan membuat pemantauan ke atas lelaki terbabit dari semasa ke semasa untuk memastikan beliau mematuhi perintah kuarantin yang ditetapkan.

Sumber : Harian Metro

Salma Syahbuddin