Categories: Trending

Dalang Utama Isu Pencemaran Toksik Di Pasir Gudang Akan Dikenalpasti

Pihak Polis tidak menolak kemungkinan terdapat lebih ramai penangkapan berhubung isu pencemaran toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor. 

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, setakat ini mereka menangkap sembilan lelaki; dua di Johor dan tujuh di luar negeri.

Seramai sembilan suspek telah ditahan pada hari Isnin yang lalu untuk membantu siasatan polis. “Mereka yang ditangkap terlibat secara langsung dalam kes itu, tetapi kami masih dalam siasatan untuk mengenalpasti dalang, utama” kata Mohamad Fuzi. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 278, 284 dan 326 Kanun Keseksaan.

Sekitar 3,000 orang telah dimasukkan ke hospital di Pasir Gudang selepas disyaki terhidu gas beracun dari sisa kimia yang dibuang ke Sungai Kim Kim pada 7 Mac.

Sebanyak 11 buah sekolah di Pasir Gudang terpaksa ditutup berikutan isu ini. 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”